Ayat manakah yang betul? A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. B) Buku itu bukan diletakkan di atas meja. Kata Nafi "bukan" diguna sebelum "berasal dari Johor" sebagai frasa sendi. Frasa "diletakkan di atas meja" dikenali sebagai frasa sendi atau frasa kerja? | Frasa yang betul A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. Frasa "diletakkan di atas meja" sebagai frasa adjektif. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 262-263. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. | Tatabahasa | 24.05.2023 |
Mengapa sesetengah ayat yang menggunakan kata sendi dan diletakkan tanda sebelumnya dan sesetengah pula tidak diletakkan tanda koma.Contoh Ali memelihara ayam, itik, dan kambing. atau Ali memelihara ayam, itik dan kambing. | Sekiranya perkara itu tergolong dalam kelompok yang sama, tanda koma tidak perlu diletakkan. Contohnya ayam, itik, kambing (kategori binatang) | Tatabahasa | 20.07.2006 |
Adakah perlu diletakkan tanda noktah selepas penutup kurungan. Contoh: 1. Merekodkan maklumat bilangan peserta. (Maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan). | Penulisan yang betul ialah "Merekodkan maklumat bilangan peserta (maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan). " | Tatabahasa | 21.04.2014 |
Penggunaan "Adalah" diletakkan di depan ayat sebagai subjek. Contohnya : 1) "Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru" 2)"Adalah menjadi tanggungjawab seorang anak menjaga ibunya" 3) "Adalah menjadi suatu kesalahan membuang sampah di merata tempat" Adakah ia betul? Jika tidak, apa ayat-ayat yang betul? | Kata pemeri adalah tidak digunakan pada pangkal ayat. Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: 1) Dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru. 2) Menjaga ibu menjadi tanggungjawab setiap anaknya. 3) Membuang sampah di merata tempat ialah satu kesalahan. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Haruskan koma diletakkan sebelum dan contoh ikan, ayam, dan buah-buahan atau ikan, ayam dan buah-buahan | Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: ... membeli ikan, sayur, dan buah-buahan ... | Tatabahasa | 23.06.2011 |
Yang mana betul/tepat, ' Sekiranya tuan telah diletakkan ke dalam jawatan berpencen dalam perkhidmatan yang terdahulu....' atau 'Sekiranya tuan telah diletakkan dalam jawatan berpencen perkhidmatan terdahulu...' | Sekiranya tuan telah diletakkan dalam jawatan berpencen perkhidmatan terdahulu ... |
| Tatabahasa | 25.02.2011 |
Adakah koma (,) perlu diletakkan selepas perkataan iaitu? Sekiranya ya, dalam situasi apakah koma perlu diletakkan selepas perkataan iaitu? | Tidak. Penggunaan tanda koma (,) yang betul adalah sebelum kata iaitu untuk memisahkan ayat induk daripada keterangan tambahan yang mengikutinya yang bermula dengan kata iaitu, yakni, misalnya, contohnya, atau seumpamanya. Contoh ayat: Ada dua warna yang menjadi pilihannya, iaitu merah jambu dan hijau tua. | Tatabahasa | 13.08.2021 |
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja. | Puan, Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak. Kepada: kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada: kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
| Istilah | 22.08.2011 |
Assalamualaikum Tuan, 1. Dalam penulisan, adakah judul buku perlu dimiringkan dan diletakkan tanda petik? Contohnya: Buku "The Forest Seeds Story" telah diterbitkan oleh FRIM. 2. Adakah perlu diletakkan tanda petik dan dimiringkan bagi penulisan dalam bahasa Melayu untuk tajuk projek dalam bahasa Inggeris? Contoh: Projek yang bertajuk " The Future of Medicinal Plants in Malaysia" telah dibentangkan di....... 3. Nama khas dalam BM tetapi ada terjemahannya dalam BI, perlukah terjemahan nama khas tersebut yang diletakkan dalam tanda kandung dimiringkan? Contoh ayat: Saya bekerja di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Forest Research Institute). Sekian, terima kasih. | 1. Dalam penulisan, judul buku perlu dimiringkan. 2. Untuk tajuk projek yang telah dimasukkan dalam tanda petik, tidak perlu dimiringkan. 3. Nama atau judul yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan dimasukkan dalam tanda kurung, tidak perlu dimiringkan. | Karya | 17.07.2019 |
hi. Adakah sebelum perkataan "iaitu" perlu diletakkan tanda koma (,)? Sekiranya ya, apakah justifikasinya | Ya, tanda koma perlu diletakkan sebelum "iaitu" bagi memisahkan ayat induk daripada bahagian keterangan tambahan yang mengikutinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca Khalimat Bertanda Intonasi Bergaya (DBP, 2015:47). | Lain-lain | 16.10.2022 |