Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilipat

Puisi
 

Ambil kain cuba dilipat,
     Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
     Cabut joran alih tempat.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dilipatkaligandakan, dilipat kali gandakan, dilipatkali gandakan atau dilipat kaligandakan? yang mana cara penulisan yang betul?Yang betul ialah melipatgandakan, dieja satu perkataan. terima kasih.Makna27.11.2007
apakah perbezaan dan penggunaan penjodoh bilangan untuk gulung dan gelung

Perbezaan gelung dan gulung bergantung pada penggunaannya dari segi bentuk dan saiz. Gulung ialah benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang daripada benda berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat, seperti dawai, kain dan sebagainya manakala gelung ialah lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); contohnya sanggul ~ kondai, sanggul;

Istilah12.05.2009
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "turnover" yang merujuk kepada sejenis makanan berupa pastri? Adakah perkataan "kuih balik/roti balik" sesuai digunakan memandangkan dohnya dilipat dua menyerupai apam balik semasa dimasak?Padanan bagi istilah turnover dalam bahasa Melayu ialah pastri balikan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah17.08.2024
Tuan , apakah penjodoh bilangan untuk filem ( kodak yang masih bergulung. dan untuk yang sudah dicuci?

Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Untuk benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, kebiasaannya ulung digunakan seperti segulung filem, manakala bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan. 

Tatabahasa30.07.2009
Mengapakah ayat "Kain itu belum berlipat." merupakan ayat pasif? Ayat pasif terbit daripada ayat aktif, contohnya ayat pasif "Buku cerita itu telah dibacanya." adalah terbit daripada ayat aktif "Dia telah membaca buku cerita itu." Sila nyatakan ayat aktif bagi ayat "Kain itu belum berlipat." Terima kasih."Kain itu belum berlipat" sama dengan "kain itu belum dilipat". Bentuk aktifnya ialah "(Dia) belum melipat kain".Tatabahasa31.07.2007
Bolehkah penjodoh bilangan "LABU" digunakan untuk bawang besar?

Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih. Penggunaan penjodoh bilangan labu ini sama seperti penjodoh bilangan pucuk untuk surat (surat pada zaman dahulu dilipat dalam bentuk meruncing) dan kaki untuk payung, iaitu melihat kepada bentuk fizikal sesuatu benda.

Tatabahasa04.05.2011

Kembali ke atas