Salam.. saya ingin bertanya apakah makna yang tepat untuk 'fountain' ? Yang mana berikut adalah jawapan yang betul :- a) Air pancut itu berada diluar tingkap b) Pancuran air itu berada diluar tingkap c) Air pancuran itu berada diluar tingkap Diharap pihak tuan dapat berikan jawapan serta penjelasan . Terima kasih | Soalan tuan/puan akan dipanjangkan ke Bahagian Peristilahan untuk dijawab. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dikirim melalui e-mel. Terima kasih. | Istilah | 29.10.2014 |
BAGAIMANA KAMI HENDAK MENDAPATKAN KELULUSAN UNTUK MELETAKAN SIGNBOARD UNTUK DIPAMERKAN DILUAR BANGUNAN PKNS DILAMPIRKAN BERSAMA GAMBAR SIGNBOARD | 1. Untuk mendapatkan pengesahan bahasa visual iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Sila rujuk panduan proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa 3 hari bekerja). Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. 2. Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu contohnya, PEJABAT URUSAN atau teks yang bersesuaian di bahagian paling atas sebelah kiri visual iklan. | Lain-lain | 14.01.2020 |
tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datu | Soalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.08.2010 |
Saya ingin bertanya berkenaan syarat kemasukan untuk pelajar antarabangsa, antara yang dinyatakan ialah kelayakan setaraf dengan STPM (dengan status taraf pendidikan diluar negara) termasuk "pass in Bahasa Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka)". Apakah yang dimaksudkan dengan setaraf dengan lulus subjek Bahasa Melayu (DBP) ini? Bagaimana dan dimana untuk memperolehi maklumat tentang kelayakan ini? Terima kasih. | Sila semak peraturan ini dengan penganjur yang meletakkan syarat berkenaan. Jika Dewan Bahasa sebagai penganjur, sila semak dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, di talian 03-21479000. | Lain-lain | 16.03.2015 |
definisi rekod?kepentingan rekod?ciri-ciri rekod?tujuan rekod?definisi return?tanggungjawab merekod?apa itu return?tanggungjawab return? | Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan ini kerana diluar skop perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, dari segi literal, menurut Kamus Dewan; rekod (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ mencapai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catatan orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik; merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; | Lain-lain | 01.05.2008 |
Assalamualaikum Tuan, Saya sedang menyiapkan rekabentuk (layout) untuk sebuah buku coffeetable. Saya keliru dalam menyusun sumber 'petikan' mengikut turutan. Sebagai 'petikan perhiasan' saya menggunakan pantun dan juga sajak didalam buku tersebut. Sumber petikan pantun dari buku. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama buku, Terbitan. Tahun terbitan, halaman 13). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005, hlm. 13) 2. Pantun atau sajak gubahan sendiri. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama, Tempat. Tarikh dan Tahun). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Abdullah bin Jusuh, Shah Alam. 12 Januari, 2005) 3. Petikan dari lagu. Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Mengapa di rindu, Saloma…..) Sekian Terima Kasih. Harap mendapat pencerahan dari Tuan. Semuga amal jasa baik Tuan/Puan di beri balasan baik Allah Subhanawataala. Insya Allah. Suhaimi Abdul Minal | Dalam menulis petikan, turutannya dalah seperti yang berikut: Nama Buku, tahun Terbitan, Terbitan, Halaman. Petikan boleh dieja dalam bentuk italik atau seperti biasa dan diletak dalam tanda kurung. Walau bagaimanapun tarikh lazimnya tarikh tidak ditulis, kecuali petikan diambil daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam sesuatu seminar. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berbincang dengan kami di talian 03-21479109/9112/9400. | Ejaan | 15.05.2015 |
Assalam. Jika mahu gabungkan perkataan Abdu dan An-Nur untuk membawa maksud hamba Allah, bagaimana ejaan dan penggunaan huruf besar yang betul? 1) Abdul Nur, 2) Abdunnur, 3) Abdun Nur, 4) Abdun-Nur? Atau selain yang saya tulis di atas? Mohon cadangan. Terima kasih. | Wassalam, Mohon maaf tuan/puan, soalan ini diluar skop kami untuk menjawab kerana perkara tersebut berkaitan dengan nama khas dan merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. | Lain-lain | 12.10.2018 |