| Soalan 2 Beliau …………daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Mengapakan jawapan adalah A dilucutkan Mengapakan tak boleh B dipecatkan | Jawapan yang betul ialah Beliau “dilucutkan/dipecat” daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan bersilih ganti dalam contoh ayat yang diberikan kerana “pecat” membawa maksud memberhentikan seseorang daripada jawatannya, manakala “lucut” pula bermakna menghentikan atau menarik balik pangkat/kuasa dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perkataan “dipecatkan” tidak boleh digunakan kerana pembentukan kata yang betul ialah “dipecat”. | Tatabahasa | 02.08.2020 |
| Saya ingin mencari alternatif untuk perkataan "precedent". Bolehkah saya gunakan perkataan "prajadian" sebagai kata ganti? Contoh ayat: Tiada "precedent" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. Diganti dengan: Tiada "prajadian" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. | Dalam konteks perundangan, precedent lazimnya diterjemahkan kepada duluan, menjadi "Tiada duluan yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat". | Istilah | 04.02.2014 |
| Manakah yang betul "dilucuthakkan" atau "dilucuthak". | Perkataan yang betul ialah dilucutkan hak. | Ejaan | 24.08.2021 |
| mohon pandangan berhubung pembetulan ejaan berikut (1) lucut hak @ lucuthak (2) Melucuthakkan (3) pelucuthakan (4) dilucuthak terima kasih | Ejaan dan frasa yang tepat: 1. lucut hak 2. melucutkan hak 3. perlucutan hak 4. dilucutkan hak | Ejaan | 17.01.2017 |