Salam. ayat mana yang betul a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut. | a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut. Tidak ada perbezaan bagi kedua-dua ayat tersebut. | Tatabahasa | 01.04.2012 |
apakah jenis ayat dibawah:(ayat tunggal atau ayat majmuk) a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis pada dinding. b)Kin Ho berlari dengan pantas menuju garisan penamat. mohon penjelasan bagi setiap jawapan. | Kedua-dua ayat yang dinyatakan merupakan ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis di dinding. (Ayat majmuk pancangan relatif yang) Ayat pertama : Sanjay sedang mewarna mural. Ayat Kedua : Mural itu dillukis di dinding. Penggunaan kata hubung yang menunjukkan ayat tersebut ayat majmuk pancangan. b) Kin Ho berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat. (Ayat majmuk keterangan cara) Ayat di atas mempunyai ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil iaitu kata hubung dengan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 497 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
sy guna komik yang dilukis sendiri untuk mengambarkan plot cerita dalam komsas. sangat berkesan untuk kelas corot. dalam PMR 2011, semua lulus 100% walau 6 orang tahap literasi bahasa sangat rendah..subjek lain mereka gagal..he..he.. kelas bahasa jadi menarik.. | mengapakah saudara memilih komik Doraemon? Boleh berkongsi? | Lain-lain | 07.06.2012 |
Kepada pihak DBP, untuk papan iklan adakah boleh dilukis seperti lampiran yang disediakan ? | 1. Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) 2. Sila masukkan keterangan perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PEJABAT URUSAN 3. Betulkan kepada PLO 125, Jalan Cyber 5, Kawasan Perindustrian Senai 3, 81400 Senai, Johor Darul Takzim. 4. Tel./Faks: | Lain-lain | 07.11.2018 |
perlukan senarai peribahasa dan kata hikmat berkenaan keselamatan , keceriaan dan kebersihan harap dapat berikan senarai yang diperlukan untuk dilukis sebagai mural keselamatan pelajar sekolah terima kasih | Sila kunjungi perpustakaan yang berdekatan. Buku peribahasa yang boleh dijadikan rujukan ialah Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP. | Lain-lain | 09.02.2010 |
Adakah jawapan yang betul C dan D? A. Adik memakai mini telekung sebelum ke surau. B. Rajah gambar yang dilukis oleh pelukis grafik itu sangat kemas. C. Nadia telah membuat janji temu untuk berjumpa dengan doktor gigi. D. Rumah contoh di Rinching itu sangat kecil dan mahal. | Jawapan C dan D betul
| Tatabahasa | 10.07.2024 |
apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci) | Makna | 10.02.2011 |
Memohon pendapat bagi pengertian istilah/tajuk ini :- MASALAH PENYEDIAAN LUKISAN LAKARAN TIDAK SISTEMATIK Terima kasih | Masalah menyiapkan lukisan lakaran atau lukisan yang dilukis secara kasar tidak berasaskan atau menurut sistem yang betul. Untuk maksud yang lebih jelas sila rujuk makalah yang berkaitan. | Makna | 20.04.2009 |
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan". | Istilah | 09.04.2013 |