Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diluluskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan kes tatabahasa yang menggunakan simbol seperti (/,.-), adakah perlu dijarakkan atau dirapatkan? Contohnya: Diluluskan/Tidak Diluluskan permohonan tersebut.Penggunaan simbol seperti (/) tidak perlu dijarakkan. Contohnya: Diluluskan/Tidak DiluluskanTatabahasa13.08.2018
Saya kurang pasti untuk menulis ayat berikut. Adakah saya tulis ini adalah betul seperti berikut: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama empat belas (14) hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama sepuluh (10) hari.Dalam penulisan teks, nombor satu hingga Sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Ayat yang betul ialah:
1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja.
2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama 14 hari.
3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja.
4. Diluluskan cuti separuh gaji selama 10 hari.
Nombor satu hingga Sembilan boleh dieja penuh dan di ikuti dengan nombor dalam kurungan.
Tatabahasa02.04.2014
Sijil yang diluluskan tetapi tanpa iklan yang permohon.Mohon tuan/puan hubungi Puan Raja Bi bin Noordin di talian 03-21479377 atau 03-21479691. Lain-lain17.06.2017
Iklan says FESTIVAL KERJA KAHWIN MALAYSIA tidak diluluskan dan diminta menggantikan nama FESTIVAL PERKAHWINAN MALAYSIA sedangkan 4 permohonan lepas diluluskan Mohon penjelasan.Permohonan tuan telah diproses, kami memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.Lain-lain19.01.2017
Dimaklumkan bahawa cuti rehat puan di luar negeri di Qatar telah diluluskan. Soalan-mohon baiki ayat ini. TkAyat yang betul ialah cuti rehat puan telah diluluskan.Lain-lain01.11.2010
selamat pagi tuan, ingin saya tanya rujukkan no.: 33439/2014 untuk permohanan bahasa papan iklan sudah diluluskan dari pihak tuan ?Untuk makluman, permohonan tersebut telah diluluskan.Lain-lain30.12.2014
Tuan, Saya merujuk kepada permohonan bernombor 21869/2017 (Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka) yang tidak diluluskan. Saya memohon agar perkataan "Pembekal" tersebut dapat kami kekalkan kerana ianya amat penting dan ianya merujuk kepada kepakaran utama perniagaan kami. Sila rujuk kepada lesen iklan pejabat kami di Johor Bahru yang diluluskan oleh MBJB. Untuk maklumat penggunaan perkataan "Pembekal" telah diluluskan oleh pejabat DBP di Larkin Perdana sebelum ini untuk lesen tersebut. Saya harap ianya boleh diselaraskan dan diguna pakai untuk Majlis Perbandaran Kemaman juga. Untuk maklumat tambahan Tuan (dari laman web syarikat kami: LeapEd ditubuhkan pada September 2010 sebagai sebuah syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad untuk menjadi peneraju utama penyedia perkhidmatan pendidikan kepada sekolah-sekolah di Malaysia dan dirantau Asia Tenggara. Harap Tuan dapat memberi kelulusan berdasarkan maklumat yang telah diberi ini. Kerjasama dari pihak Tuan amat dihargai. Terima kasih. Yang menjalankan tugas, Zolhaidi Asst Mgr - FacilitiesSebarang perkara/isu/penerangan berkenaan visual papan iklan, mohon dijelaskan dalam teks permohonan yang terdapat dalam portal KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DBP, bukannya di portal KHIDMAT NASIHAT BAHASA ini.Lain-lain16.04.2017
kami ingin membina sebuah pangsapuri dan nama yang diletak bagi projek kami dikenali sebagai Residen Era Ariff. Adalah nama ini diluluskan oleh dewan bahasa dan pustakaNama tersebut diluluskan tetapi harus dibetulkan ejaan "Residen" kepada "Residensi"  -->  Residensi Era AriffLain-lain07.03.2016
Kereta kompekdiluluskan, produa akan hantar surat tentang istilah "kereta kompek" untuk penyebarkanLain-lain10.04.2007
Papan Iklan Restoran ini boleh diluluskan kah?

Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).

Lain-lain05.06.2017
12345678910...

Kembali ke atas