| Apakah maksud "digiling"? | Digiling bermaksud dihancurkan atau dilumatkan (rempah dan lain-lain) dengan batu giling dan anak batu giling. | Tatabahasa | 03.05.2014 |
| apakah maksud atau pengertian Cili Giling | Maknanya ialah cili yang dilumatkan. | Makna | 11.03.2010 |
| Huraian kerisik dalam Istilah - grounded coconut - kelapa yang digiling untuk dibuat kerisik. Sedangkan definisi yang tepat (kamus pelajar) kelapa parut atau dikukur yang digoreng dan dilumatkan. Jadi tidakkah sepatutnya dalam bahasa Inggeris perlu ada perkataan 'fried'? Mohon penjelasan. | Padanan istilah yang sesuai untuk Grounded Coconut ialah Kelapa Giling. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2017 |
| salam...boleh sy tanya ejaan sebenar untuk ini..bergedil atau bergedel?? | Ejaan yang tepat adalah 'bergedel' yang merujuk kepada makanan yang dibuat daripada ubi kentang dan daging yang dilumatkan bersama, dibentuk bulat-bulat kecil, dan digoreng. | Ejaan | 25.07.2012 |