Ayat tunggal: a) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah. b) Kompang dimainkan oleh murid sekolah menengah. Ayat majmuk yang manakah betul? 1) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan menengah. 2) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah. | Menurut data kami, ayat di atas betul. | Tatabahasa | 10.07.2016 |
Adakah perkataan "gambar rajah" pangkal hurufnya ditulis dalam huruf besar? Yang manakah yang betul, no 1 atau no 2? 1) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (gambar rajah 4.9b) 2) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b) | Ejaan yang betul ialah: Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b). | Ejaan | 09.05.2024 |
(1) Yoyo Cina perlu dimainkan dengan betul. (2) Cakera yang diimbangkan akan berpusing di atas tali semasa pemain menggerakkan kayu. Kedua-dua ayat di atas merupakan ayat tunggal atau ayat majmuk? Mengapa? Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan merupakan ayat majmuk. Ayat pertama merupakan ayat majmuk keterangan cara iaitu penggunaan perkataan "dengan". Manakala ayat kedua pula ialah ayat majmuk keterangan waktu iaitu penggunaan perkataan 'semasa". Sila rujuk buku tatabahasa Dewan muka surat 516 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
perkataan sandiwara dieja tanpa sempang. mengapa apabila diletakkan imbuhan apitan di..kan, jadi disandi-warakan? Contoh: cerita itu pernah disandi-warakan di radio. Terima kasih. | Tiada kata terbitan "di...kan" untuk "sandiwara". Ayat di atas mungkin lebih sesuai digantikan dengan "dimainkan" atau "diputarkan" menjadi "Cerita itu pernah dimainkan/diputarkan di radio." | Tatabahasa | 05.04.2015 |
Mohon beri nasihat tentang terjemahan untuk "hard core games". Konteksnya berkenaan dengan permainan yang dimainkan pada alat mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Adakah "permainan tegar" sesuai digunakan? | Terjemahan hard core games kepada "permainan tegar" boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.08.2015 |
Backmasking ialah teknik rakaman di mana mesej dirakam ke belakang pada trek yang dimaksudkan untuk dimainkan ke hadapan. Backmasking adalah proses yang disengajakan, manakala mesej yang ditemui melalui pembalikan fonetik mungkin tidak disengajakan. Jadi apa istilah sesuai untuk "Backmasking"? | Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: backmasking - bunyi balikan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 17.02.2022 |
Adakah padanan "gameplay" ialah corak permainan? Gameplay merujuk kepada gabungan ciri-ciri permainan, jalan cerita dan cara permainan tersebut dimainkan. | Cadangan padanan bagi istilah gameplay dalam bahasa Melayu ialah tatamain. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 30.01.2025 |
Bagi ayat di bawah, perkataan "utara" dan "selatan", huruf pangkalnya ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil? Alat ini dimainkan dalam ensembel Mek Mulung di Kedah dan ensembel Menora di utara Malaysia dan selatan Thailand. | Huruf pangkal perkataan “utara” dan “selatan” ditulis dengan huruf kecil kerana bukan merupakan kata nama khas. | Ejaan | 09.05.2024 |
apakah yang dimaksudkan dengan simfoni | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, simfoni ialah sejenis gubahan muzik yang panjang untuk dimainkan oleh orkestra; kumpulan pancaragam yang berpemimpin, mempunyai peralatan lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai.
| Tatabahasa | 10.01.2013 |
1. Adakah setiap ayat yang mengandungi perkataan 'yang' merupakan ayat majmuk ? 2. Adakah ayat ini ayat majmuk : Permainan baling tin dimainkan di kawasan yang lapang. | Perkataan "yang" dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai kata hubung pancangan relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. | Tatabahasa | 21.08.2015 |