| DIMAJUKAN BAHAWA | Soalan puan tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 09.01.2015 |
| Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada/pada tujuh prinsip kejayaan | Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada tujuh prinsip kejayaan. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
| Sharkawi Che Din Apr 30th, 1:54pm Assalamualaikum, Mohon dimajukan kepada pegawai yang berkenaan. Saya ingin bertanyakan penyata jualan 2014 untuk buku-buku seperti yang disenaraikan: Animasi 3D: Asas Membina Model dan Teknik Animasi (2006) Animasi dan Reka Bentuk Penerbitan Tingkatan 4 & 5 (2007) Animasi 3D (Cetakan ke 2: 2006) Terima kasih Dr Sharkawi Che Din | Kami tidak dapat memanjangkan soalan YBhg. Dr. kepada pihak berkenaan kerana tiada maklumat dalam ruangan "Maklumat Pelanggan". Mohon YBhg. Dr. menghubungi Azhar Mohamad Dora, Ketua Bahagian Pemasaran, DBP melalui talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.04.2015 |
| Adakah padanan (main encat - stone skipping/skimming) diambil berdasarkan cadangan saya yang dimajukan dalam bentuk soalan melalui Khidmat Nasihat DBP yang bertarikh 14/08/2018 dan dijawab pada 17/08/2018? | Hasil carian dalam data kami, perkataan encat diambil daripada glosari dialek pahang yang bermaksud pergerakan batu leper yang mencecah permukaan air secara berulang-ulang kali setelah dilayangkan batu leper. | Lain-lain | 05.11.2018 |
| namun, pengumpulan jauh sekali penyatuan pola-pola argumentasi mereka mengenai barat masih terdapat jauh sekali usaha menyatukan pandangan-pandangan mereka untuk dimajukan penganalisaan ilmiah kemudiannya terhadap idea-idea mereka. | Sila kemukakan soalan puan kerana apa yang dikemukakan tidak jelas. | Lain-lain | 24.01.2017 |
| Konsep ini membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Salam Tuan/Puan,saya nak bertanyakan soalan.Apakah kesalahan tatabahasa di atas?Perkataan ‘membaiki’ rasanya salah atau betul? Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana mengayakan sumber alam semula jadi di negara ini. Apakah kesalahan imbuhan di atas?Kenapa perkataan ‘mengayakan’ salah sepatutnya‘kekayaan’? | Bagi ayat pertama, perkataan membaiki ditukar kepada memulihkan. Bagi ayat kedua, perkataan mengayakan ditukar kepada kaya dan ayatnya dibetulkan kepada: Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana negara ini kaya dengan sumber alam semula jadi. | Lain-lain | 14.01.2021 |
| Dalam hal ini,bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberikan peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Tuan,bolehkah saya tahu apakah kesalahan imbuhan, kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa? | Cadangan jawapan yang diberikan betul dari segi imbuhan, istilah dan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.01.2021 |
| Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan-kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | Tatabahasa | 29.10.2009 |
| Tuan/Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'telah' dalam penterjemahan sumber yang bercakap tentang peristiwa yang telah lepas. Adakah penggunaan 'telah' itu diperlukan dalam terjemahan? Contohnya: This message will be marked as forwarded many times. Terjemahan: Mesej ini akan ditandakan sebagai (telah) berkali-kali dimajukan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "telah" boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.07.2019 |
| Siapakah individu-individu, kumpulan, organisasi utama yang menyuarakan pendapat mereka tentang masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan? | Semua rakyat boleh bersuara untuk menyuarakan pendapat tentang masalah penggunaan bahasa di tempat awam tetapi hendaklah melalui saluran yang betul. Masalah penggunaan bahasa tersebut boleh dimajukan terus kepada pihak berkuasa tempatan dan juga kepada Bahagian Dasar Bahasa, DBP yang menyediakan khidmat pemantauan bahasa pada papan tanda dan media massa. | Tatabahasa | 04.09.2009 |