Salam tuan, adakah asai sama dengan anai-anai? Mksd: 1. sj binatang kecil yg memakan kayu, bubuk: rumah papan yg telah dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk). | Menurut data kami, asai ialah 1. sejenis binatang kecil yang memakan kayu, bubuk: rumah papan yang telah dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk). Manakala anai-anai ialah serangga yang biasanya bersarang dalam tanah dan selalu merosakkan kayu atau apa-apa yang dibuat daripada kayu, Macrotermes spp. atau Odontermis spp.. Oleh itu, kedua-dua haiwan ini tidak sama sifatnya. | Makna | 14.08.2016 |
Ubat hendaklah diambil 3 kali sehari atau dimakan 3 kali sehari. | Arahan yang betul ialah 'Dimakan tiga kali sehari'. | Tatabahasa | 20.12.2007 |
'Rumah kayu-kayu itu habis dimakan oleh anai-anai.' Apakah cadangan untuk betulkan ayat ini? Terima kasih | Saudara, Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi 'Rumah-rumah kayu itu habis dimakan oleh anai-anai. | Tatabahasa | 20.10.2009 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul dan tepat? (a) Karipap itu sudah cepat dimakan oleh adik. (b) Kelembutan gadis itu memikat hati abang. | Ayat yang betul: (a) Karipap itu dimakan dengan cepat oleh adik. (b) Betul. | Tatabahasa | 12.12.2015 |
Kami akan menerbitkan sebuah buku. Judul yang dicadangkan ialah "114 Spesies Buah-Buahan yang Boleh Dimakan". Soalan saya ialah: 1. Adakah judul tersebut betul? 2. Bolehkah nombor dijadikan judul buku atau perlu dieja (Seratus Empat Belas ...) 3. 114 Spesies Buah-Buahan atau "114 Spesies Buah"? kerana 114 dah menunjukkan banyak? Terima kasih di atas khidmat nasihat pihak DBP. | Judul yang betul ialah "114 Spesies Buah-buahan yang Boleh Dimakan". Untuk makluman, nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka. | Ejaan | 02.01.2014 |
Lobak ini boleh dimakan mentah (dan, atau) dimasak sup. Apakah jawapan yang betul untuk soalan ini? Atau kedua-dua jawapan boleh diterima? | Perkataan dan/atau boleh digunakan dalam ayat yang tersebut. | Tatabahasa | 09.05.2024 |
apakah perbezaan "tidak dimakan oleh saya" dan "todak termakan oleh saya"? adakah ayat tersebut mempunyai kesalahan. | Kata ganti nama diri orang pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Oleh itu, ayat yang betul ialah "tidak termakan oleh saya". | Tatabahasa | 31.08.2012 |
IBU SEDANG ...........LEMANG UNTUK DIMAKAN PADA HARI RAYA NANTI. A. MENYALAI B.MEMBAKAR # gambar ibu sedang proses susun lemang di tepi bara api | MEMBAKAR LEMANG | Tatabahasa | 19.08.2015 |
1 Apakah maksud peribahasa 'pancing dimakan umpan'? 2 Adakah ejaan 'menanda tangani' betul atau 'menandatangni' betul? | 1. Pancing makan umpan. Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah). 2. tandatangan = menandatangani | Lain-lain | 02.02.2009 |
1. Bapa mengutip buah durian untuk dimakan. 2. Sandra mengemas katil supaya kemas. 3. Sin Ling mengemas katil di bilik tidur supaya cantik. 4. Guan Hong dan Fendi menyimpan gelung rotan dan bola baling di dalam bilik sukan. 5. Saya mengutip durian di dalam dusun. 6. Rina berangkat ke sekolah dengan berjalan kaki. Adakah 6 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan. | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat nombor (1), (2), (3) dan (4) adalah betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan. Ayat nombor (5) perlu dibetulkan. “Saya mengutip durian di dusun.” Ayat nombor (6) perlu dibetulkan. “Rina berjalan kaki ke sekolah.” Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575. | Tatabahasa | 21.07.2025 |