sejauh manakah penggunaan bahasa melayu di negara malaysia | Bahasa Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bahasa rasmi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa pengantar persekolahan, bahasa komunikasi sosial, bahasa ilmu, bahasa dalam bidang ekonomi dan undang-undang, bahasa dalam teknologi maklumat. | Lain-lain | 13.03.2007 |
Terima kasih atas penjelasan tentang penggunaan di antara perkataan "Perletakan" dan "Peletakan". Namun, apabila saya menyemak “Carian Kata” di laman web DBP, perkataan “perletakan” masih dimaktubkan. Kenapa? | Penggunaan yang baku ialah peletakan. Data yang diperoleh melalui Carian kata ialah huraian dalam entri kata (bukan dalam entri kata) yang diambil secara langsung daripada korpus dan juga data daripada istilah, iaitu istilah lama. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
salam. saya seorang guru yang sedang berhadapan dengan masalah fahaman murid dalam penggunaan penanda wacana. keadaan ini timbul kerana pelajar saya telah disogokkan oleh pihak luar dengan beberapa maklumat yang mengelirukan. untuk itu saya ingin mendapatkan huraian yang lebih jelas tentang penanda wacana serta bilangan penanda wacana yang telah dimaktubkan oleh pihak dbp. | Penanda wacana penting untuk mewujudkankesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima penanda wacana yang lazim digunakan iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Terdapat kriteria tertentu yang membezakan antara setiap jenis tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 31.07.2010 |
1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu. . 2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. 5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada semester baru-baru ini. 8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan". 10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan. BOLEH TUAN MENYEMAK SAMA ADA AYAT DI ATAS ADALAH BETUL | 1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu sedang dijalankan. 2. Walaupun tidur bertilamkan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di dalam bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik belaka. 5. Dia tersenyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan habar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada penggal ini. 8. Semua murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang termaktub". 10. Walaupun ruang udara kita tidak dicemari jerebu, amalan memelihara alam sekitar perlu diteruskan. | Tatabahasa | 07.05.2020 |