Dimana saya boleh mencari Kitab iapah Tafsir Mubin karangan Salahuddin Abdullah | Salam tuan budiman, Kitab tersebut boleh di beli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP, setak ini, kitab tersebut masih ada lagi stok. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih | Lain-lain | 05.11.2019 |
Dimana saya boleh dapatkan borang permohonan jawatan DBP? Terima Kasih | Salam sejahtera, Permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my Borang permohonan jawatan kosong DBP perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) | Lain-lain | 28.06.2019 |
Dimana saya boleh lakukan terjemahan kata dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan Bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain. Sila hubungi Institut Terjemahan dan Buku Negara 03-9226 2506 atau Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506. | Lain-lain | 22.08.2017 |
dimana saya boleh menambah permohonan semakan bahasa untuk tujuan pengiklanan | Sila hantar visual iklan tuan melalui laman sesawang DBP SAH BAHASA (http://dbpsahbahasa.my/). Skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepada tuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.06.2017 |
dimana atau bagaimana saya boleh dapatkan buku PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI --- PENDETA ZAABA. Saya tinggal di Terengganu. Sekian. Terimakasih | Pembelian buku DBP juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila layari laman web kami atau hubungi Bahagian Pemasaran DBP melalui pegawai Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.12.2015 |
Dimana boleh saya dapat garis panduan untuk buat rujukan bila membuat iklan papan tanda. Spesifikasi kegunaan tulisan bahasa dan tulisan Inggeris dalam papan tanda iklan? Seperti size tulisan, gambar yang boleh digunakan etc. | Garis panduan atau Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan, DBKL. Untuk makluman awal dalam mana-mana undang-undang kecil iklan mensyaratkan iklan mestilah dalam bbahasa kebangsaan dan jika ada bahasa-bahasa lain, bahasa kebangsaan hendaklah diutamakan. | Lain-lain | 20.09.2013 |
Dimana boleh saya dapatkan bantuan translasi daripada bahasa inggeris kepada bahasa arabic? edit artwork? | Saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 atau Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210. | Lain-lain | 02.12.2011 |
dimana boleh dapat quraneqalam | Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada maklumat berkaitan quraneqalam. | Lain-lain | 29.01.2011 |
Dimana boleh saya dapatkan terjemahan bahasa melayu buku 'Huntington-clash of civilizations? | Saudara Yieba, Sila kunjungi kedai-kedai buku di bandara raya atau di tempat saudara dan juga perpustakaan. | Lain-lain | 28.03.2010 |
dimana dan bagaimanakah cara untuk saya belajar bahasa melayu klasik?terima kasih atas peluang yang diberikan untuk bertanya. | Silrujuk Fakulti Bahasa di pusat pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan kursus Bahasa Melayu Klasik. | Lain-lain | 02.03.2008 |