Salam sejahtera. 1. Kalau "di-mana" merujuk kepada tempat - "di" dijarakkan. Bagaimana dengan penggunaan "dimana" yang bukan merujuk tempat tetapi berfungsi seperti Kata Sendi Nama? "di" patut dijarakkan ataupun didekatkan? Contoh ayat: Peraturan telah ditetapkan, (dimana/ di mana) orang yang didapati tidak mematuhinya akan dihukum. 2. Saya memetik penjelasan Kamus Dewan Edisi Keempat mengenai melantas - "tidak singgah atau berhenti dimana-mana" Kenapa "dimana-mana" di tidak dijarakkan sedangkan ia merujuk suatu tempat? Terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Di mana -merujuk tempat sahaja dan sesuai digunakan dalam ayat tanya. Contoh: Di mana kamu tinggal? Contoh ayat yang encik gunakan di atas adalah salah. Ayat yang betul: "Peraturan telah ditetapkan, orang yang didapati tidak mematuhinya akan dihukum". 2. "dimana-mana" seperti yang encik petik penjelasannya dalam KAmus Dewan Edisi Keempat adalah kesilapan penaipan sahaja. Yang betul ialah "di mana-mana". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Mana satu yang betul "di mana" atau "dimana"? Adakah ia perlu dijarak atau tidak? Adakah maksudnya menjadi berbeza sekiranya dijarakkan atau dirapatkan? | Ejaan yang betul ialah "di mana" dan frasa ini digunakan dalam ayat tanya seperti di mana anda tinggal? | Ejaan | 29.08.2014 |
Tuan, Apakah beza penggunaan "dimana' dan "di mana" atau "didalam" dan "di dalam"? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah; di mana, di dalam. | Ejaan | 25.09.2008 |
Yang mana betul.di mana ada gula ,di situ ada semut atau dimana ada semut,di situ ada gula | Peribahasa yang betul ialah di mana ada gula, di situ ada semut. | Makna | 24.09.2018 |
Assalamualaikum Adik saya seorang lepasan jurusan ijazah sarjana muda bahasa arab dan kesusasteraan di UIAM .apakah prospek kerjaya jurusan adik saya ini, di DBP atau dimana mana sektor pekerjaan? mohon nasihat.. | Untuk maklumat lanjut, kunjungi Karnival kerjaya yang diadakan, juga lihat pemakluman dalam akhbar tentang peluang kerjaya yang sesuai. Sebarang kekosongan jawatan di DBP akan diiklankan dalam akhbar harian utama Negara dan laman web kami www.dbp.gov.my. | Lain-lain | 03.03.2015 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Ingin mendapatkan pengesahan sama ada perkataan "dimana" dalam konteks kata hubung dieja dekat atau jarak. Terima kasih. | Ejaan dimana yang betul ialah di mana (jarakkan). | Ejaan | 07.05.2018 |
Maaf, saya ingin bertanya tentang di mana dan dimana. Adakah ejaan tersebut dijarakkan atau dirapatkan? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah di mana | Tatabahasa | 28.05.2020 |
penggunaan perkataan dimana dan didalam merupakan datu patah perkataan atau dua? | Perkataan di mana dan di dalam perlu dieja terpisah sebagai dua perkataan kerana kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Ejaan | 08.09.2006 |
saya ingin pastikan adakah dibenarkan teks yang terdapat dalam rukun negera diedit. pertama : Mencipta satu masayarakat yang adil di mana kemakmuran negara ....(perkataan dimana diganti dengan perkataan agar) kedua : mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : (Perkataan atas dibuang) | Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Justeru, peraturan tatabahasa masih longgar dan belum mantap seperti sekarang. Kesannya dapat dilihat dalam banyak dokumen rasmi kerajaan, antaranya termasuklah contoh yang saudara nyatakan dalam teks Rukun Negara. Sama ada boleh diubah atau tidak kandungan teks tersebut, kami cadangkan saudara berhubung dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya." | 1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan. | Istilah | 28.05.2013 |