dimarahi oleh ibunya atau dimarahi ibunya atau kedua-dua boleh diterima? TQ | Kedua-duanya betul digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
1berisi wang atau berisikan wang? 2. bersimpati Ah Cong / bersimpati akan Ah Chong / bersimpati terhadap Ah Chong / 3. Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru atau Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru? 4. Samy dimarahi cikgu / Samy dimarahi guru? | Ayat yang betul/yang telah diperbetulkan semula ialah: 1. ... berisi wang. 2. ... bersimpati terhadap Ah Chong 3. Ali menyipkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru 4. Samy dimarahi oleh cikgu/guru | Tatabahasa | 10.03.2010 |
"dimarah oleh" boleh diguna atau tidak? ataupun mesti guna "dimarahi oleh"? | Frasa yang betul ialah "dimarahi oleh". | Tatabahasa | 30.04.2015 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Aminah dimarahi oleh ibunya kerana bersikap biadab terhadap orang - orang tua. Soalan saya: Orang-orang tua atau orang tua-tua? Mengapa? Terima kasih | Waalaikumsalam. Ayat yang betul ialah "Aminah dimarahi oleh obunya kerana bersikap biadap terhadap orang-orang tua." 1. Orang tua-tua bermaksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2. Orang-orang tua pula bermaksud golongan warga emas.
| Tatabahasa | 18.03.2015 |
Adakah kata nama am yang merujuk kepada seseorang secara khusus dalam suatu ayat perlu menggunakan huruf besar? Contoh ayat. Ali dimarahi oleh Pengetua/Emak kerana makan di dalam kelas. atau Ali dimarahi oleh pengetua/emak kerana makan di dalam kelas. Yang manakah yang tepat? | Kata nama am seperti pengetua dan emak dieja dengan huruf kecil dalam ayat. | Tatabahasa | 06.08.2020 |
Salam sejahtera. Saya ada 1 soalan 1. Adik menangis kerana telah dimarah oleh ibu. 2.Adik menangis kerana telah dimarahi oleh ibu. Ayat pertama dan boleh diterima atau tidak kerana tiada imbuhan akhiran "i" pada kata kerja? | Ayat yang betul ialah "Adik menangis kerana telah dimarahi oleh ibu". | Tatabahasa | 20.09.2013 |
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih. | 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut | Tatabahasa | 20.02.2013 |
salam...saya ingin bertanya, adakah ayat majmuk sama dengan ayat yang telah mengalami proses peluasan?i Soalan saya yang kedua pula, adakah ayat di bawah ini merupakan ayat majmuk atau ayat tunggal? " Durani menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya." | Sdri Cindy, Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh ayat sdri kemukakan itu merupakan ayat majmuk gabungan kerana mencantum dua ayat tunggal dan menggunakan kata hubung: 1. Durani menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya. (a) Durani menangis di dalam bilik (b) Dimarahi ibunya Kata setelah yang bergaris ialah kata hubung. | Tatabahasa | 26.02.2009 |
Reaksi Ali ketakutan apabila diamrahi oleh ibunya. Adakah ayat ini betul? | Kurang tepat, ayat yan betul ialah - Ali ketakutan apabila dimarahi oleh ibunya. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
Dalam BM, bolehkah kita menggunakan frasa "pernah sekali" atau "pada suatu kali" untuk memulakan sesuatu ayat? | "Pernah sekali" boleh digunakan pada pangkal ayat seperti contoh: Pernah sekali saya dimarahi kerana melengah melayan tetamu, manakala "pada suatu kali" penggunaannya adalah tidak gramatis. Penggunaan yang betul ialah "satu kali". | Tatabahasa | 07.06.2011 |