Assalamualaikum Tuan, 1. Dalam penulisan, adakah judul buku perlu dimiringkan dan diletakkan tanda petik? Contohnya: Buku "The Forest Seeds Story" telah diterbitkan oleh FRIM. 2. Adakah perlu diletakkan tanda petik dan dimiringkan bagi penulisan dalam bahasa Melayu untuk tajuk projek dalam bahasa Inggeris? Contoh: Projek yang bertajuk " The Future of Medicinal Plants in Malaysia" telah dibentangkan di....... 3. Nama khas dalam BM tetapi ada terjemahannya dalam BI, perlukah terjemahan nama khas tersebut yang diletakkan dalam tanda kandung dimiringkan? Contoh ayat: Saya bekerja di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Forest Research Institute). Sekian, terima kasih. | 1. Dalam penulisan, judul buku perlu dimiringkan. 2. Untuk tajuk projek yang telah dimasukkan dalam tanda petik, tidak perlu dimiringkan. 3. Nama atau judul yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan dimasukkan dalam tanda kurung, tidak perlu dimiringkan. | Karya | 17.07.2019 |
Assalamualaikum. Soalan saya: Adakah nama khas dalam bahasa Inggeris perlu dimiringkan atau diletakkan tanda petik tanpa perlu dimiringkan dalam ayat bahasa Melayu, contohnya: Pelawat dari Brunei Darussalam Tropical Biodiversity Centre telah diraikan dalam... Sekian, terima kasih. | Pelawat dari Brunei Darussalam Tropical Biodiversity Centre telah diraikan dalam... . Nama khas dalam bahasa Inggeris dalam ayat tersebut tidak perlu dimiringkan atau diletakkan tanda petik. | Lain-lain | 05.07.2019 |
Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Judul novel dalam ayat di atas perlu ditulis dengan pengikat kata atau tulisan dimiringkan? | Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Tajuk buku ditulis condong. | Ejaan | 13.06.2012 |
Saya ada kekeliruan, dalam terjemahan, andai kata teknik terjemaha nitu merupakan pinjaman/serapan sepenuhnya/tulen, dan perkataan itu terakam di dalam entri kamus dewan/prpm. adakah perkataan sebenar perlu dimiringkan atau tidak kerana telah dipinjam sepenuhnya. Contohnya: golf, prima facie serta kata nama khas dalam bahasa asing. Terima Kasih. | Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Keempat (halaman 153), huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contoh: prima facie, lingua franca, mala fide, ad hoc, ad lib. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada di dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu dicondongkan. Contoh: suai padan (copy fitting) kebebasan seni (poetic licence) kos sut (marginal cost) | Tatabahasa | 14.12.2023 |
Assalamualaikum, persoalan saya adakah istilah lanyard perlu dieja miring (italik)? Terima kasih. | Kata "lanyard" iaitu tali yang boleh disangkutkan wisel, pen, kad nama dan sebagainya padanya dan digantung pada leher, tidak perlu diitalikkkan atau dimiringkan. | Ejaan | 10.05.2024 |
Apakah padanan bagi nama Mencius, seorang ahli falsafah China? Adakah nama Mencius digunakan (sama seperti Confucius) ataupun Mengzi (mengikut sebutan dalam bahasa Cina)? | Dalam bahasa Melayu, kata nama khas bagi seseorang tidak diterjemahkan atau diberikan padanan, kecuali karya adaptasi (itupun jika perlu). Maksudnya, jika dalam karya asal namanya Mencius, maka dalam karya terjemahan ke bahasa Melayu juga namanya Mencius (tidak perlu diitalikkan/dimiringkan). | Ejaan | 04.05.2023 |