adakah dimuat turun satu perkataan atau pun dua perkataan | Ejaan yang betul ialah dimuat turun. | Ejaan | 18.12.2008 |
mohon pertanyaan dimuatnaik dieja rapat atau jarak contoh: a.dimuatnaik b.dimuat naik | Ejaan yang betul ialah dimuat naik. | Ejaan | 02.08.2013 |
Assalamualaikum, 1.Yang mana patut saya tulis, dimuat turun atau dicapai apabila saya menggunakan sumber internet sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan saya pada bahagian rujukan/bibliografi? 2. Adakah kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza? | Memindahkan data atau menyalin data daripada Internet ke dalam fail komputer lain disebut memuat turun data, bukan capai/akses data, iaitu melihat data dalam komputer yang sama. | Tatabahasa | 28.04.2012 |
Irama ‘Bapaku Pulang’ untuk menyanyikan lagu 'Tempat Perlindunganku’ tidak boleh dimuat turun. Diharap irama tersebut dapat diadakan semula | Kami memerlukan maklumat yang jelas, domain yang gagal memuat turun kedua-dua lagu tersebut. Sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 09.04.2014 |
bagaimana untuk mendapatkan borang jawatan kosong. | Borang permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my atau daripada Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, 54000 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.01.2008 |
Assalamualaikum. Saya ingin meminta pengesahan berkenaan ayat berikut. "Melebihi 20 Kelas Muzik boleh dimuat turun percuma yang menunjukkan kepada anda cara untuk bermain lagu hit pada piano dan gitar, diajar oleh artis yang menjadikan lagu itu terkenal" Bolehkah ayat ini dimulakan dengan perkataan "Melebihi"? Terima kasih atas pencerahan. | Tidak boleh. Sebagai contoh ayat: Pengguna boleh memuat turun melebihi 20 kelas muzik yang menunjukkan cara untuk bermain lagu hit menggunakan piano dan gitar yang diajar oleh artis sehingga menjadikan lagu itu terkenal. | Makna | 21.03.2018 |
Tuan, Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka E-kamus Saran Kata - Gambar tidak boleh dimuat (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx). Mesej beralat "Sila pastikan lokasi fail anda" walaupun gambar disertakan. Pembaikan diperlukan untuk memuat gambar dalam lampiran : 140819ENTEROBIASIS.png. Sekian, terima kasih daripada Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com. | Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP. Pada masa yang akan datang, jika masalah yang hampir sama berulang, sila kemukakan terus aduan tuan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat, DBP melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my. | Lain-lain | 19.08.2014 |
Tuan, Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka E-kamus Saran Kata - Gambar tidak boleh dimuat (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx). Mesej beralat "Sila pastikan lokasi fail anda" walaupun gambar disertakan. Pembaikan diperlukan untuk memuat gambar dalam lampiran : 140819POLIOVIRUS.jpg. Sekian, terima kasih daripada Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com. | Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP. Pada masa yang akan datang, jika masalah yang hampir sama berulang, sila kemukakan terus aduan tuan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat, DBP melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my. | Lain-lain | 19.08.2014 |
bagaimana nak mendapatkan borang untuk jawatan kosong? | Borang permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my atau dapatkan daripada Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 20.05.2012 |
bagaimanakah cara untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan di DBP | Sila isikan borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my. Sertakan dokumen yang boleh menyokong permohonan anda contohnya salinan sijil akademik, ko-kurikulum, penglibatan dalam persatuan pelbagai peringkat dan sebagainya. Pastikan salinan sijil tersebut disahkan seperti salinan asal terlebih dahulu sebelum dihantar kepada kami. | Lain-lain | 30.01.2008 |