adakah dimuat turun satu perkataan atau pun dua perkataan | Ejaan yang betul ialah dimuat turun. | Ejaan | 18.12.2008 |
bagaimana untuk mendapatkan borang jawatan kosong. | Borang permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my atau daripada Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, 54000 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.01.2008 |
bagaimana nak mendapatkan borang untuk jawatan kosong? | Borang permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my atau dapatkan daripada Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 20.05.2012 |
bagaimanakah cara untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan di DBP | Sila isikan borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my. Sertakan dokumen yang boleh menyokong permohonan anda contohnya salinan sijil akademik, ko-kurikulum, penglibatan dalam persatuan pelbagai peringkat dan sebagainya. Pastikan salinan sijil tersebut disahkan seperti salinan asal terlebih dahulu sebelum dihantar kepada kami. | Lain-lain | 30.01.2008 |
Dimana saya boleh dapatkan borang permohonan jawatan DBP? Terima Kasih | Salam sejahtera, Permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my Borang permohonan jawatan kosong DBP perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) | Lain-lain | 28.06.2019 |
Bagaimanakah cara saya ingin memohon jawatan yang diiklankan? | Salam sejahtera puan budiman, Borang permohonan jawatan kosong DBP boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my Borang permohonan jawatan kosong yang telah lengkap diisi, perlulah dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) | Lain-lain | 22.06.2019 |
En Sulaiman, Saya ingin tahu bagaimana caranya untuk memohon dana bagi membuat kajian penulisan buku (bukan penerbitan buku). (1) Adakah borang tertentu yang boleh dimuat turun? (2) Berapakah jumlah maksima yang boleh diberikan oleh DBP? Sekian, terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan dana bagi membuat kajian penulisan buku. | Lain-lain | 23.10.2012 |
Assalamualaikum, 1.Yang mana patut saya tulis, dimuat turun atau dicapai apabila saya menggunakan sumber internet sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan saya pada bahagian rujukan/bibliografi? 2. Adakah kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza? | Memindahkan data atau menyalin data daripada Internet ke dalam fail komputer lain disebut memuat turun data, bukan capai/akses data, iaitu melihat data dalam komputer yang sama. | Tatabahasa | 28.04.2012 |
Tuan/Puan, Pertanyaan tentang contoh ayat: Sportify is ready. Apakah terjemahan yang tepat (dan pendek) untuk "is ready" ? Dalam konteks ini, ia bermaksud Sportify telah dimuat turun dan sedia untuk digunakan. Terjemahan sedia ada ialah "Sportify sedia". Bolehkan pihak tuan sahkan bahawa terjemahan ini salah dan tidak lengkap? Dan kami berharap agar pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan yang paling tepat. Terima kasih. | Cadangan terjemahan untuk Sportify is ready ialah Sportify sedia digunakan. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2017 |
Irama ‘Bapaku Pulang’ untuk menyanyikan lagu 'Tempat Perlindunganku’ tidak boleh dimuat turun. Diharap irama tersebut dapat diadakan semula | Kami memerlukan maklumat yang jelas, domain yang gagal memuat turun kedua-dua lagu tersebut. Sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 09.04.2014 |