bolehkah ayat dalam karangan dimulai dengan ' antara'. cth: Antara kesan - kesan pencemaran....Bolehkan ayat dimulai dengan 'namun'. Cth: Namun, banyak pihak yang tidak mengendahkan... | Ayat boleh dimulai dengan perkataan antara, contohnya 'Antara tempat yang boleh dilawati di Sabah termasuklah ...'; dan kata namun boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya. | Tatabahasa | 20.01.2011 |
Bolehkah ayat dimulai dengan "Contohnya" seperti berikut: 1. Contohnya seperti bas, basikal, lori dan kereta api. Terima kasih. | Ayat yang dimulai dengan "Contohnya" adalah tidak gramatis dan tidak boleh digunakan kerana tidak didahului oleh subjek. "Contohnya seperti bas, basikal, lori dan kereta api" adalah predikat dalam ayat ini. Oleh itu, ayat ini sebaik-baiknya dimulakan dengan subjek. | Tatabahasa | 21.02.2018 |
Assalamualaikum, Adakah perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' perlu diletakkan huruf besar selepasnya? Contohnya: al-Rihal, al-hikmah, al-nisa dan sebagainya (yang membawa maksud umum) Terima kasih. | Perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' sama sahaja sistem penggunaan huruf besar atau kecil dalam teks. Jika penggunaan 'al' itu merupakan kata nama, maka diletakkan huruf besar selepasnya, jika bukan, maka huruf kecil digunakan. | Ejaan | 25.02.2020 |
Apakah perbezaan penggunaan imbuhan per...an dengan kata dasar yang dimulai huruf l | Soalan saudara kurang jelas. Apakah yang saudara maksudkan dengan "perbezaan penggunaan imbuhan per...an dengan kata dasar yang dimulai huruf l"? Adakah tentang peluluhan huruf "l" apabila menerima awalan atau apitan? Jika itu yang dimaksudkan, kata dasar yang bermula dengan huruf "l" seperti ladang apabila menerima apitan peR-...-an menjadi perladangan. Kata yang dihasilkan tidak mengalami peluluhan huruf. | Tatabahasa | 27.06.2011 |
Boleh terangkan penggunaan kata sapaan "tuan/puan" dalam surat rasmi, permulaan huruf bagi setiap kata sapaan itu perlu dimulai dengan huruf besar atau huruf kecil? contoh : " YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan.." Bagaimana pula keadaan sekiranya , kata sapaan "tuan/puan" itu di pertengahan ayat. Contoh : "...untuk makluman dan perhatian tuan/puan selanjutnya.." Kata sapaan tersebut perlu dimulai dengan huruf besar atau huruf kecil? Sekian, terima kasih. | Ejaan kata sapaan "tuan/puan" pada pertengahan ayat dimulai dengan huruf kecil. Contoh : "...untuk makluman dan perhatian tuan/puan selanjutnya.." | Ejaan | 06.08.2018 |
assalam, di sini saya ada sedikit kekeliruan, mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan: cth: Ayah Salima or ayah Salima perkataan 'ayah' perlu dimulai dengan huruf besar atau kecil? contoh lain: abang Daniel (abang kepada Daniel) abang Daniel (panggilan untuk seorang abang) perkataan 'abang' perlu dimulai dengan huruf besar atau kecil? | Jika perkataan ayah dan abang berada dalam ayat dituis dengan huruf kecil seperti Ali sangat menghormati keperibadian ayah Ahmad. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
Bolehkah awalan ayat dimulai dengan perkataan seperti berikut, - seperti, contohnya, bagi, untuk, melalui, dengan, adalah | Penggunaan kata sendi nama 'bagi', 'untuk', 'melalui', 'dengan' atau 'adalah' pada awal ayat tidak digalakkan dan dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu. | Lain-lain | 21.12.2006 |
Nama tempatan haiwan seperti penyu belimbing, dimulai dengan huruf besar atau kecil? Penyu Belimbing atau penyu belimbing? | Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khastak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve. Perkataan penyu belimbing, penyu karah, penyu lumpur dan penyu pulau tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil. | Lain-lain | 11.09.2017 |
Kadang-kadang terdapat surat rasmi yang dimulai dengan ayat "Adalah saya diarah merujuk perkara di atas." Pertanyaan: Adakah betul penggunaan kata pemeri "adalah" di permulaan sesuatu ayat? Jika boleh, apakah panduan yang boleh digunakan dalam memastikan penggunaan "adalah" menepati struktur ayat. Terima kasih. | Kata pemeri adalah tidak digunakan pada pangkal ayat. Ayat yang betul ialah Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
Saya ingin bertanya, adakah semua perkataan yang dimulai dengan imbuhan anti dianggap sebagai kata nama? Contoh: antiagama, antibakteria, antialkohol dan sebagainya? Terima kasih. | Betul, perkataan antiagama, antibakteria, antialkohol dan sebagainya merupakan kata nama am. | Tatabahasa | 15.08.2012 |