Adakah kata ganti diri "hamba " terutamanya golongan yang hina dina boleh digunakan ketika menghadap Sultan atau raja ? contohnya: "Ampun tuanku, hamba yang hina dina ini menjunjung duli," kata nelayan tua itu kepada Sultan Alaudin Shah. | Kata ganti nama yang digunakan semasa menghadap sultan ialah patik. Kata hamba dina biasanya digunakan dalam hikayat-hikayat lama. | Tatabahasa | 23.03.2008 |
1. optimis 2. hina-dina 3. idealis Apakah jenis kata bagi kata di atas. Sama ada kata adjektif atau kata nama. Bolehkah tolongkan saya semak ayat berikut ? 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif atas apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina kerana mereka mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan mereka sudah terlerai. Terima kasih! | Golongan kata 1. optimis - kata adjektif dan kata nama 2. hina-dina /hina- kata adjektif dan kata kerja 3. idealis - kata nama Ayat 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina/hina kerana mereka juga mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan faham antara mereka sudah terlerai/diselesaikan. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
orang yang paling hina | Orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin. | Lain-lain | 17.12.2006 |
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekali | hina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan). | Makna | 26.12.2006 |
1) Apakah perbezaan memperhebat dan memperhebatkan?Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan dan mengapa? -Pasukan SK Ali __________ latihan bola sepak bagi menghadapi pertandingan tersebut. 2)Apakah perbezaan memperoleh dan memperolehi? Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan dan mengapa? Dina _______________kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas kerana usahanya yang gigih. | 1. Pasukan SK Ali memperhebat latihan bola sepak bagi menghadapi pertandingan tersebut. 2. Dina memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas kerana usahanya yang gigih. Perkataan yang betul ialah memperhebat dan memperoleh, tidak ada perkataan memperhebatkan dan memperolehi dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 16.08.2012 |
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apa | Bintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa. | Makna | 13.12.2006 |