Saya mencadangkan agar Dewan Bahasa dan Pustaka dinaik taraf kepada Jabatan Bahasa dan Pustaka. Usaha memartabatkan bahasa Melayu akan lebih berkesan jika DBP dijadikan Kementerian Bahasa dan Pustaka.Mungkin cadangan ini agak janggal tapi tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. | Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBP. | Lain-lain | 06.09.2009 |
Dua nama yang mungkin digunakan setelah bandar Kota Bharu dinaik taraf sebagai bandar raya penuh, iaitu Majlis Bandar Raya Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Majlis Bandar Raya Kota Bharu Islamik. Yang mana satu paling tepat dan betul? | Ungkapan yang paling tepat ialah Majlis Bandar Raya Kota Bharu atau Bandar Raya Islam. | Tatabahasa | 01.03.2007 |
SALAM SY INGIN BERTANYA BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN ISTILAH, dARUL qURAN AKAN DINAIK TARAF MENJADI KOLEJ UNIVERSITI AL-QURAN MALAYSIA, JADI SINGKATAN UTK KOLEJ INI ADAKAH (KUQM) atau (KUaQM) | Untuk singkatan, biasanya kita mengambil huruf pertama setiap perkataan. Singkatan yang dicadangkan ialah KUAQM atau KUQM. | Ejaan | 29.03.2012 |
Senarai sekolah yang perlu dinaiktaraf mengikut diselesaikan pada Mac 2015.. dinaiktaraf atau dinaiktarafkan ? Adakah betul ayat in?kalau tak betul..dipohon diperbetulkan..terima kasih.. | Ejaan yang betul ialah dinaik taraf. Sila betulkan ayat tuan kerana maksud yang hendak disampaikan tidak kami fahami dan sukar untuk dibuat pembetulan. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
We are upgrading to serve you better =kami menaik taraf untuk melayani anda dengan lebih baik | Sistem kami sedang dinaik taraf untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. | Makna | 25.04.2018 |
Bolehkah saya memadankan istilah rock/stone skipping dengan kata "encat" (tersenarai dalam glosari dialek pahang) kerana maknanya sama? | Perkataan rock skipping boleh diterjemahkan kepada encat. Kata dialek juga boleh dinaik taraf sebagai kata baku apabila tiada padanan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 14.08.2018 |
Terlampau banyak jawapan dalam Khidmat Nasihat yang sudah tidak relevan. DBP mesti segera mengemas kini jawapan-jawapan dan soalan-soalan dalam Khidmat Nasihat supaya bahasa Melayu yang berpiawai dapat diperkasakan. Kekeliruan-kekeliruan ini menimbulkan keliru buat pemain-pemain industri bahasa sendiri akibat daripada bahagian Khidmat Nasihat yang tidak dirapikan dan dikemaskan. Amanah DBP besar untuk memurnikan bahasa Melayu yang baik. | Kami mengambil maklum cadangan puan. Untuk makluman puan, sistem Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) dalam proses untuk dinaik taraf, manakala paparan jawapan juga dikemas kini dari semasa ke semasa. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan cadangan puan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan kami dan kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna KNDBP. | Lain-lain | 06.06.2024 |
Assalamuaalaikum... boleh beri saya link untuk download borang sahabat dbp dan borang mantan mpr dbp tak? saya cuba download dari laman web dbp tapi tak boleh... | Alaikumussalam. Untuk makluman puan, dalam laman web DBP hanya ada borang Rakan Dewan, Persatuan Mantan DBP. dan Karyawan Tamu. Satu lagi borang, iaitu Sahabat Purnama sudah tidak relevan lagi. Pihak DBP akan menarik keluar borang tersebut daripada paparan laman web DBP. DBP memang sedang berusaha untuk mewujudkan Sahabat DBP tetapi program ini belum mantap lagi. Sahabat DBP merupakan satu program Rakan Dewan yang akan dinaik taraf daripada bersifat tempatan ke peringkat antarabangsa. Setakat ini puan boleh mengakses borang Rakan Dewan melalui laman web DBP. Berkaitan borang mantan MPR DBP, pihak DBP tidak ada menawarkan apa-apa borang berkaitannya. Jika ada pun ialah borang alumnai MPR tetapi tidak diuruskan oleh DBP. Puan boleh menghubungi Puan Salina Ibrahim melalui talian 019-2003919 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Badan Penulis | 07.02.2015 |