AYAT YANG MANA SESUAI DIGUNAKAN " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT" ATAU " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM PESAKIT DITINGGALKAN" ATAU PIHAK TUAN BOLEH MENCADANGKAN AYAT YANG LEBIH SESUAI UNTUK DILETAKKAN DI PAGAR KATIL PESAKIT DI WAD. TERIMA KASIH | Ayat yang sesuai ialah "SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT" | Tatabahasa | 19.01.2018 |
Salam, saya mahu bertanya sama ada untuk perbandingan melibatkan angka atau jumlah, adakah kita harus gunakan 'dari' atau 'daripada'? 1. Harga minyak akan dinaikkan dari 10 ringgit kepada 12 ringgit. 2. Harga minyak akan dinaikkan daripada 10 ringgit kepada 12 ringgit. | Jawapan yang betul ialah Harga minyak akan dinaikkan daripada 10 ringgit kepada 12 ringgit. | Tatabahasa | 28.01.2019 |
saya ingin mengetahui kaedah penuisan bagi perkataan yang menggunakan konsonan ' k ' contoh ; dinaikkan @ dinaikan | Jawapannya ialah kata akar yang ejaannnya berakhir dengan huruf 'k'. Apabila digunakan dalam ayat pasif, kata tersebut dieja dengan dua 'k'. Contohnya ialah 'naik'- dinaikkan'. 'masuk'- 'masukkan' dan perkataan 'galak'- 'digalakkan'. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.09.2007 |
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut | 1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak". | Tatabahasa | 19.04.2012 |
3. Pengerusi turut mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah serta selamat datang kepada ahli JLAKS yang baru dinaikkan ke pangkat Pemangku Laksamana Pertama mulai 19 Sep 13 seperti berikut: 4. Mesyuarat juga dimaklumkan, terdapat ahli JLAKS yang tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini seperti berikut: | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Lain-lain | 13.01.2014 |
Assalamualaikum.. Saya ingin minta bantuan daripada pihak tuan untuk memeriksa papan iklan kedai saya untuk saya mendapatkan Sijil Pengesahan Bahasa dan Pustaka untuk Signboard yang telah dinaikkan daripada pihak tuan.. Sekian, terima kasih. | Wa alaikum salam, Tuan sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
| Lain-lain | 04.07.2017 |
Assalamualaikum.. Saya ingin minta bantuan daripada pihak tuan untuk memeriksa papan iklan kedai saya untuk saya mendapatkan Sijil Pengesahan Bahasa dan Pustaka untuk Signboard yang telah dinaikkan daripada pihak tuan.. Sekian, terima kasih. | Untuk memohon untuk pengesahan iklan, sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 04.07.2017 |
Bagaimanakah penulisan perkataan 'bomba' ditulis di dalam sesuatu ayat? Adakah kesemua huruf besar atau huruf 'B' sahaja yang besar? Samada Bomba atau BOMBA? | bomba- 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran;
Pengejaan kata bomba adalah seperti yang dieja dalam Kamus Dewan, yang dilampirkan di atas. Jika merujuk Jabatan Bomba, maka huruf besar digunakan bagi huruf pangkal "B", iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sekian, harap maklum. Terima kasih. | Lain-lain | 04.02.2010 |
Salam, Sila menerangkan apakah maksud "Kaduk naik junjung" dan menerangkan sama ada peribahasa tersebut boleh bermakna i. seorang yang keji atau dibenci yang lupa akan tempatnya di dalam masyarakat dan telah menjadi sombong setelah memegang jawatan awam; ii. seorang individu yang sombong dan bongkak setelah dilantik atau dinaikkan kepada jawatan yang penting Adakah peribahasa ini boleh digunakan dalam konteks fitnah (defamation)? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menakrifkan peribahasa "kaduk naik junjung" sebagai orang hina merasa dirinya mulia. | Tatabahasa | 22.09.2014 |
apakah itu dbp? apakah kepentingan dbp kepada masyarakat? | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.
Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.
Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).
Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003. Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah mengunjungi laman web www.dbp.gov.my | Lain-lain | 21.08.2008 |