apakah perbezaan antara dinasihati dan dinasihatkan. Manakah perkataan sesuai untuk ayat di bawah? Pelajar itu____________oleh gurunya supaya rajin pelajar. Para pelajar________supaya rajin belajar. | Saudara Kary, Dinasihati bermaksud memberi nasihat kepada, manakala dinasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat. Berdasarkan makna tersebut, lazimnya dinasihati diikuti dengan objek (manusia). Menerusi ayat yang diberikan, jawapan yang tepat digunakan ialah 'Pelajar itu dinasihati oleh gurunya supaya rajin belajar. Para pelajar dinasihatkan supaya rajin belajar. | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Salam, Apakah imbuhan kata kerja yang betul bagi perkataan 'dinasihat' dalam ayat ini? Murid-murid dinasihatkan agar berkelakuan baik' atau 'Murid-murid dinasihati agar berkelakuan baik'. Sekian, terima kasih. | Dinasihati bermaksud memberi nasihat kepada, manakala dinasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat. Berdasarkan makna tersebut, lazimnya dinasihati diikuti dengan objek (manusia). contohnya, Pelajar itu dinasihati oleh gurunya supaya rajin belajar. Para pelajar dinasihatkan supaya rajin belajar. Menerusi ayat yang diberikan, jawapan yang tepat digunakan ialah Murid-murid dinasihatkan agar berkelakuan baik.
| Tatabahasa | 14.03.2013 |
para pelajar telah dinasihatkan oleh guru agar sentiasa menjaga disiplin diri. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah bukan dinasihati digunakan dalam ayat ini? TK | Menasihati bermaksud memberi nasihat kepada (bentuk pasifnya dinasihati), manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat (bentuk pasifnya dinasihatkan). Berdasarkan makna tersebut, lazimnya menasihati diikuti dengan objek (manusia) menjadi guru menasihati pelajar agar sentiasa menjaga disiplin diri dan bentuk pasifnya pelajar dinasihati guru agar sentiasa menjaga disiplin diri. | Sastera | 09.04.2012 |
Para pengguna jalan raya dinasihati agar berhati-hati semasa menggunakan laluan yang sedang dipulih itu. munsyi, adakah laluan salah dalam ayat ini? TQ | Laluan bermaksud jalan yang dilalui dan penggunaannya tidak gramatis dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
Apakah peribahasa yg menggambarkan kita dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yg diterima. Malah cubalah untuk membalasnya. | Peribahasa yang hampir ialah "Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | Makna | 04.07.2013 |
statistik bahasa yang digunakan dalam malaysia | Saudara dinasihati merujuk pihak universiti tempatan yang ada menjalankan kajian tentang perkara ini atau merujuk makalah yang terdapat di perpustakaan. dalam majalh dan akhbar tempatan. | Lain-lain | 29.04.2008 |
penggunaan bahasa dalam konteks pemakaian budaya dan perilaku masyarakat melayu | Saudara dinasihati merujuk buku atau makalah tentang perkara tersebut yang boleh diperoleh di perpustakaan, majalah atau akhbar tempatan. | Lain-lain | 30.04.2008 |
''hukuman rotan merupakan langkah yang berkesan untuk mendisiplinkan para pelajar''. Bicangkan. | Saudara dinasihati membuat penyelidikan tentang perkara melalui pembacaan atau rujukan dalam makalah yang diterbitkan dalam akhbar atau majalah tempatan, atau kertas-kertas kerja atau penulisan ilmiah di perpustakaan ipta/s atau Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, DBP. | Lain-lain | 28.05.2008 |
Apakah nama ikan-ikan berikut dalam bahasa Melayu? 1) fusilier 2) scad 3) travelly 4) bream Terima kasih. | saudara dinasihati merujuk Jabatan Perikanan atau Majuikan untuk perkara tersebut. | Lain-lain | 13.05.2008 |
kami ialah syarikat yang menyedar bingkai kayu & polistirena and juga membuat bingkai gambar, tetapi bukan 'membuat bingkai kayu & polisterina' seperti yang dinasihati daripada tuan / puan pada 29/6/15, sila menasihat iklan yang dilampirkan terima kasih | Sila kenal pasti keterangan syarikat tuan, pemborong, pembekal atau "syarikat yang menyedar"? Sila buat pembetulan dan symbol & ditulis dan, kemukakan semula melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 01.07.2015 |