| Apakah padanan Melayu bagi cloth bolt? Saya temukan perkataan ding di entri Kamus Inggeris-Melayu Dewan, di entri kedua bagi bolt dalam erti ketujuh: roll of woven fabric, wallpaper, etc, ding: a ~ of silk, sending kain sutera;. Tetapi di contoh ayat pada erti (sense) ketujuh entri tersebut menggunakan perkataan sending. • Saya turut membuat carian ding di PRPM namun, apabila saya menyertakan perkataan kain dalam carian, hasilnya tidak menunjukkan maksud bagi cloth bolt atau bolt of cloth tersebut. | Saya merujuk kepada data PRPM bagi kata bolt dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, dan dapatan carian saya adalah seperti yang berikut, iaitu: bolt2 n 1. sliding metal bar to fasten door, gate, etc, selak; 2. metal bar or rod in lock, kancing; 3. fastening rod or screw to take a nut, bolt; 4. sliding bar in breech-loading firearm, pengancing; 5. short arrow for cross bow, anak panah; 6. flash of lightning, panahan petir; 7. roll of woven fabric, wallpaper, etc, gulung: a bolt of silk, segulung kain sutera; Kemungkinan ada masalah teknikal sewaktu tuan/puan membuat carian tersebut. Adakah yang sebenarnya tuan/puan maksudkan ialah 'a bolt of cloth'? Jika ya, maka padanannya ialah 'segulung kain'. Berdasarkan kamus Collins English Dictionary dalam talian, a bolt of cloth is a long wide piece of it that is wound into a roll round a piece of cardboard.
| Makna | 17.12.2023 |
| saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. INGIN. Adakah i/ngin ATAU in/gin? 2. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/din/gan ATAU per/tan/ding/an? 4. PERANGAI. pe/ran/gai ATAU pe/ra/ngai? 5. SANGAT. san/gat ATAU sa/ngat? 6. TERINGAT. ter/in/gat ATAU ter/i/ngat? 7. MENGIRA. men/gi/ra ATAU me/ngi/ra? 8. SUATU. su/a/tu ATAU sua/tu? 9. SEMUA. se/mua ATAU se/mu/a? 10. MENAIKI. me/na/ik/i ATAU me/naik/i ATAU me/nai/ki? 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi ATAU pak cik/gobi? | Pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan. 1. INGIN. i/ngin 2. DENGAN. de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/di/ngan 4. PERANGAI. pe/ra/ngai 5. SANGAT. sa/ngat? 6. TERINGAT. te/ri/ngat, ter/i/ngat 7. MENGIRA. me/ngi/ra 8. SUATU. sua/tu? 9. SEMUA. se/mua 10. MENAIKI. me/nai/ki, me/nai?/ki 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua boleh dijadikan sumber rujukan. | Tatabahasa | 27.04.2010 |