minuman yang dingin berasa dingin kerana berpakaian nipis adakah ayat tersebut betul? | Kami mencadangkan ayat itu dibetulkan kepada “Apabila anda berpakaian nipis, minuman yang sejuk akan membuatkan anda berasa lebih sejuk.” | Tatabahasa | 23.06.2019 |
Pak Samit dan isterinya pergi menoreh getah di kebun mereka dalam dingin pagi. Adakah perkataan dingin tersebut lebih tepat digantikan dengan kedinginan? Dan betulkah frasa "dalam kedinginan" tersebut? | Ya, betul. Lebih gramatis perkataan "dingin" ditukar kepada "kedinginan" dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
Saya ingin bertanya dari sudut sintaksis dan semantik bagi perkataan 'penghawa dingin'. Adakah kita patut mengujarkannya sebagai 'penghawa dingin' atau sebagai 'pendingin hawa'? Cuba teliti bentuk dibawah. peN- bermaksud alat atau orang yang melakukan sesuatu yg terkandung dlm kata akar hawa bermaksud udara dingin bermaksud sejuk Jadi adakah 'penghawa dingin' bermaksud 'alat yang mengudarakan sejuk'? ataupun kita mengujarkan 'pendingin hawa' yang bermaksud 'alat yang menyejukkan udara'? | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak pernah menggunakan istilah 'Penghawa Dingin' bahkan istilah 'Pendingin Udara" yang selalu digunakan. (sila rujuk KD4 di bawah entri dingin) | Lain-lain | 03.02.2009 |
Ref:11719/2017 merujuk kepada nombor berkenaan, kami ada membuat pertanyaan rasmi mengenai penggunaan tagline yang melibatkan perkataan "Rasa sensasi dingin..." namun pihak DBP menasihatkan supaya penggunaannya menjadi "Rasa dingin sensasi..." Sensasi dalam erti kata ini, kami ingin menggunakannya dalam konteks "feel" contoh (dipetik daripada PRPM); sensasi yang menyegarkan. Bukan dalam erti sensasi gempar. Maka Rasa dingin sensasi kami rasakan tidak tepat seperti mesej yang ingin kami sampaikan. Disebabkan ianya merupakan tagline ianya perlu pendek dan menarik perhatian, maka daripada "Rasa sensasi yang dingin..." kami pendekkan kepada "Rasa sensasi dingin..." Saya harap penjelasan kami ini dapat membantu untuk menyatakan niat dalam penggunaan frasa sensasi dingin tersebut. Kami berharap frasa ini dapat digunapakai untuk billboard kami. Frasa pilihan yang kami ada ketika ini ialah "Sensasi rasa dingin dan hebat" sekiranya DBP masih merasakan "Rasa sensasi dingin dan hebat" masih tidak boleh diterima, bolehkah kami gunakan frasa pilihan ini? Nasihat pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih. Nurul Fathma | DBP mencadangkan supaya menggunakan frasa SENSASIKAN RASA DINGIN DAN HEBAT. | Tatabahasa | 05.09.2017 |
Penghawa dingin atau pendingin hawa untuk istilah lama. | Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa. | Istilah | 15.11.2014 |
penghawa dingin atau pendingin hawa | Yang betul ialah pendingin hawa. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara. | Istilah | 19.04.2009 |
alat penghawa dingin atau alat penyaman udara? manakah yang betul? tunggang-langgang boleh mengambarkan keadaan sesuatu kejadian? | i. Pendingin hawa. ii. Tungang-langgang bermaksud berlari poatang panting (lintang-pukang), berguling, tidak rata. Jadi perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks kejadian. | Tatabahasa | 26.03.2008 |
Adakah ayah di bawah betul? 1. Mereka yang dingin sifat badannya sering mengalami sakit sendi. 2. Wanita yang dingin sifat badannya boleh meminum air soya. 3. Merujuk kepada ayat-ayat di atas, adakah benar bahawa tidak boleh guna "nya" lagi (badannya). Terima kasih Terima kasih. | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam. Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 12.01.2018 |
Hari ini dingin. Boleh digunakan ayat sebegini? | Ayat ini tidak gramatis, ayat ini perlu dilengkapkan menjadi hari ini masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa dingin sekali. | Tatabahasa | 01.10.2012 |
Merujuk latihan dalam buku teks tahun 6 muka surat 125, yang mana betul penghawa dingin atau pendingin hawa, kata mutiara atau mutiara kata. Dalam buku panduan guru jawapan yang diberi penghawa dingin dan kata mutiara. Saya mohon penjelasan lanjut kerana agak keliru dengan jawapan yang diberi. | Selamat petang, 1.Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa atau penghawa dingin ialah istilah lama. 2.Istilah yang betul ialah mutiara kata. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 27.06.2012 |