Penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah" dalam ayat berikut, yang mana betul: 1. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "ialah" kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. 2. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "adalah' kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. | Ayat yang betul ialah Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang ialah kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya? | Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada: 1. Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema 2. Pantun yang dijual mempunyai soalan 3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian tidak mendapat markah. Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih , 1. Pola rima dan suku kata 2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 3. Kemunasabahan pembayang maksud 3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 4. Sebutan yang jelas Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui, 1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun 2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud) 3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris) 4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan) Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik. | Lain-lain | 18.11.2010 |
Tuan/Puan, Bagaimanakah caranya untuk menghantar karya sajak nukilan saya sendiri untuk dinilai oleh pihak-pihak profesional? Saya seorang pencinta bahasa yang meminta pandangan jujur mengenai karya saya. Saya menyediakan dua buah sajak berbahasa Inggeris bertajuk I Am About To Die dan Drowned In Mind untuk penilaian tuan/puan. Terima kasih. Yang benar, Noor Ashyima 901120085810 | Untuk makluman saudara DBP menerbitkan buku dan majalah dalam bahasa Melayu (kecuali buku teks) dan semua karya yang terkandung dalamnya juga mestilah ditulis dalam bahasa Melayu. Oleh itu, karya saudara tidak sesuai untuk diserahkan kepada kami untuk dinilai atau diterbitkan. | Lain-lain | 09.02.2011 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "overrated"? Saya hanya jumpa satu sahaja padanan dalam Kamus Bahasa Inggeris iaitu sesuatu yang dinilai terlalu tinggi tetapi tidak sesuai dengan konteks ayat saya. Ayat bahasa Inggerisnya adalah "The place is so overrated." Jadi, saya ingin tahu padanan yang lebih sesuai. Terima kasih | Cadangan padanan bagi istilah overrated dalam bahasa Melayu ialah dinilai berlebihan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 14.01.2024 |
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.. saya ada beberapa persoalan.. perkataan "mempunyai" boleh dinilai sebagai imbuhan apitan atau tidak? atau ada pengeculian pada imbuhan "mem" dan "i"? jika boleh, adakah perkataan "punya" merupakan perkataan yang boleh digunakan dalam penulisan? | Kata mempunyai terhasil daripada apitan meN_i dengan kata dasar punya. Kata punya boleh digunakan dalam konteks yang sesuai dengan makna dan fungsinya. Contoh, Baju itu tuan punya. | Tatabahasa | 13.11.2020 |
Saya ingin menjadi penulis. Saya ingin menghantar karya kepada DBP untuk dinilai dan diterbitkan. Saya ingin tahu format penulisan (saiz huruf, bentuk huruf, 'softcopy, dll) dan proses serta tempoh masa untuk saya mendapat maklum balas. Bolehkah saya hantar karya kepada beberapa pihak sekali gus? Berapa royalti yang saya boleh dapat? | Karya saudara hendaklah ditaip selang dua baris (double spacing), font size 12, font times roman atau arial, dicetak pada kertas A4. Karya tersebut boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur untuk karya dewasa, dan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumput, untuk karya kanak-kanak dan remaja. Pemberian royalti hanya akan dibincangkan sekiranya karya saudara diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saudara boleh menghantar karya kepada mana-mana penerbit, tetapi bukan satu karya kepada banyak penerbit, kerana di sini akan berlaku pertindihan penerbitan dan akan melanggar peraturan hakcipta. | Lain-lain | 01.01.2010 |
salam, saya ingin tahu syarat syarat sekiranya ingin menghantar karya untuk dinilai seterusnya diterbitkan oleh pihak dbp, terima kasih | Karya boleh boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), sekiranya pembaca sasarannya terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remja. Karya saudara hendaklah ditaip di atas kertas saiz A4, langkah dua baris. Selain menghantar manuskrip bercetak (hardcopy) saudara juga perlu menghantar disket atau CD (softcopy) untuk memudahkan proses seterusnya. | Lain-lain | 31.12.2009 |
Assalamu'alaikum Warahmatullah. Bagaimana sekiranya saya memiliki skrip buku terjemahan, dan berminat untuk dinilai oleh DBP. Jika diterima saya amat berbesar hati jika pihak DBP bersedia mencetak dan menerbitkannya. Bagaimanakah caranya. Terima kasih | Wkm salam wbkt. Fungsi penterjemahan dan penerbitan buku terjemahan sekarang ini dilaksanakan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Oleh itu, tuan bolehlah menghubungi pihak ITBM untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 25.03.2012 |
apabila saya menanda kertas karangan saya ada menemui ayat sebegini sayuran membekalkan protien yang sangat tinggi kepada manusia bagi menambah darah. apakah komen yang sesuai boleh saya berikan kepada pelajar saya. | Saudara, Ulasan boleh dibuat bergantung pada aspek yang hendak dinilai. Aspek yang boleh dinilai ialah aspek fakta, bahasa atau gaya persembahan karangan tersebut. | Lain-lain | 27.09.2009 |
saya ada pertanyaan berkaitan dengan karya, bagaimana caranya sekiranya saya ingin menghantar karya ke DBP untuk dinilai dan diterbitkan.. | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Saudara boleh menghantar karya saudara ke alamat seperti yang berikut: Pengarah Jabatan Penerbitan, Tingkat 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur | Lain-lain | 23.02.2011 |