Melalui semakan kami, “formula dietary food” dipadankan dengan “rumusan diet”. Kenapakah perkataan “food” tidak disebut atau dipadankan dengan apa-apa padanan? Sebagai perbandingan istilah “customer formula feed” dalam istilah Veterinar PRPM dipadankan dengan “makanan rumusan pelanggan”. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi "diet": 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu. Berdasarkan istilah bahasa Inggeris, dietary bertindak sebagai kata sifat yang menjadi penerang kepada sesuatu kata seperti dietary food. Walau bagaimanapun, pembentukan dalam bahasa Melayu akan menjadi lewah sekiranya formula dietary food dipadankan dengan "rumusan makanan diet". Padanan yang tepat bagi formula dietary food ialah rumusan diet.
| Lain-lain | 27.07.2021 |
Dalam peruntukan di bawah ini, kedua-dua perkataan “pasted” dan “affixed” telah dipadankan dengan perkataan "dilekatkan". Bolehkah perkataan “pasted” dipadankan dengan “ditampalkan” dan “affixed” dipadankan dengan “dilekatkan”? “6. (2) Where a food sample is divided into three parts one of such label as specified in subregulation (1) shall be pasted on each part of the sample while the remaining label is to be affixed to the request for analysis form. (2) Jika sesuatu sampel makanan dibahagikan kepada tiga bahagian satu daripada label yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah dilekatkan pada tiap-tiap bahagian sampel itu manakala label yang tinggal hendaklah dilekatkan pada borang permintaan bagi analisis.”. | Padanan bahasa Melayu yang diberikan bagi "pasted" sebagai ditampalkan dan "affixed" sebagai dilekatkan adalah betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2021 |
Perkataan "nutritionally adequate" dalam peruntukan di bawah ini dipadankan dengan "berzat secukupnya" manakala dalam peruntukan yang lain perkataan "nutritionally" dipadankan pula dengan dengan “pemakanan”. Melalui semakan kami, perkataan “nutritionally” seperti “nutritionally-related disease” dipadankan dengan “penyakit berkaitan pemakanan”. Oleh itu, apakah padanan bagi "nutritionally adequate" dan "nutritionally available carbohydrates" 389A. (2) Follow-up formula shall be nutritionally adequate to contribute to normal growth and development when used in accordance with its direction for use. 389A. (2) Rumusan susulan hendaklah berzat secukupnya untuk menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan yang normal apabila digunakan mengikut arahan penggunaannya. 389A.(6) Follow-up formula shall contain nutritionally available carbohydrates suitable for the feeding of infant of six months and children in such quantities as to adjust the product to the energy density in accordance with the requirements set out in subregulation (4). 389A.(6) Rumusan susulan hendaklah mengandungi pemakanan karbohidrat sedia ada yang sesuai untuk makanan bayi yang berumur enam bulan dan kanak-kanak kecil dalam kuantiti tertentu supaya keluaran diselaraskan dengan kandungan tenaga mengikut kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (4). | Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally adequate" ialah cukup berzat. Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally available carbohydrates" ialah pemakanan berkarbohidrat atau pemakanan tersedia karbohidrat. Pihak puan juga boleh merujuk dan menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penterjemahan. | Lain-lain | 18.07.2021 |
Perkataan “seal” dipadankan dengan“melak”. Kami bercadang untuk menggunakan padanan “mengelak”. Bolehkah padanan ini digunakan dan adakah ia teratur dari sudut tatabahasa? Sebagai contoh dalam konteks ini: (1) Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta melak atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.”. Terima kasih. | Padanan seal dalam bidang undang-undang ialah tutup; materi; mohor; kedap; dan anjing laut bergantung pada konteks penggunaannya. Berdasarkan konteks ayat yang diberi cadangan kami seal diterjemahkan kepada tutup/menutup - Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta menutup atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.
| Istilah | 28.05.2021 |
Kata kasmat dipadankan dengan kata gadget dalam PRPM, tetapi, tiada takrif diberi. Apakah takrif kasmat? | Alat-alat pentas yang dicipta atau direka khas untuk sesebuah pementasan khususnya untuk persembahan bangsawan. Peralatan pentas ini disediakan mengikut babak dan keadaannya. Antara contoh kasmat ialah alat yang berbentuk binatang atau seumpamanya, dan pelakon akan duduk di atasnya sesuai dengan babak atau cerita. (Rujukan: Glosari Istilah Kesusasteraan, DBP 2017) | Istilah | 05.04.2018 |
Jika vegetarian dipadankan dengan pemayur, bolehkah vegetarianism dipadankan dengan faham pemayur atau pemayurisme? | Perkataan vegetarianism telah diterjemahkan kepada vegetarianisme.
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2018 |
Mengapakah istilah 'dill' dipadankan dengan 'dil' walhal 'dill seed' dipadankan dengan 'adas manis'? Memandangkan dill merujuk kepada daun manakala dill seed pula merujuk kepada biji, bukankah dill sepatutnya daun adas (manis)? | Untuk makluman, maksud kata umum berbeza dengan istilah kerana istilah dibina berdasarkan bidang. | Istilah | 25.01.2018 |
Adakah chicken thigh dipadankan dengan paha ayam manakala chicken drumstick dipadankan dengan betis ayam? | Chicken Drumstick = Drumstik Ayam Chicken Thigh = Paha Ayam | Istilah | 22.10.2018 |
Salam sejahtera, berdasarkan carian di laman prpm, istilah 'customization' dipadankan sebagai 'pelangganan'. Bolehkah saya tahu konteks penggunaan padanan ini dan bolehkah istilah ini ditukar ganti dengan 'penyesuaian'? Terima kasih. | Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, istilah customized turut dipadankan dengan "tersuai". Istilah customize membawa maksud membuat sesuatu mengikut tempahan atau pesanan. Istilah adaptation/adjustment lebih tepat dipadankan dengan "penyesuaian". Walau bagaimanapun, istilah customization boleh dipadankan dengan "penyesuaian" dan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 16.07.2021 |
Istilah bagi “protein coagulating enzymes” telah dipadankan dengan “enzim pembeku protein”. Walau bagaimanapun, melalui semakan kami di PRPM, terdapat padanan “enzim pengkoagulat protein” dan “enzim penggumpal”. Sekiranya istilah “enzim pengkoagulat protein” boleh digunakan, sama ada terdapat perkataan “mengkoagulatkan” untuk dipadankan dengan perkataan “coagulating”. Begitu juga sekiranya “enzim penggumpal” boleh digunakan, adakah “perkataan “coagulating” boleh dipadankan dengan “menggumpalkan” dalam konteks contoh ayat di bawah ini. Cheese 106. (1) Cheese shall be the fresh or matured solid or semi-solid product obtained by coagulating milk, cream, skimmed or partly skimmed milk or any components of milk, or a mixture of any such substance with rennet or any other protein coagulating enzymes and includes the food for which a standard is prescribed in regulations 107 and 108. Keju 106. (1) Keju hendaklah hasil pepejal atau separa pepejal yang segar atau matang yang diperoleh dengan membekukan susu, krim, susu skim atau susu skim separa atau mana-mana komponen susu, atau campuran mana-mana bahan sedemikian dengan renet atau apa-apa enzim pembeku protein lain dan termasuklah makanan yang standardnya ditetapkan dalam peraturan 107 dan 108. | Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu bagi "coagulate" ialah "gumpal", manakala "coagulating" dalam bahasa Melayu ialah "pengkoagulat; penggumpal; penggumpalan". Bagi terjemahan konteks ayat yang diberikan, perkataan "menggumpalkan" susu dan padanan "enzim penggumpal protein" boleh disesuaikan dalam penggunaan ayat tersebut. Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan penggunaan "gumpal" bagi susu. Terjemahan ini bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 28.05.2021 |