Apakah maksud ayat komplemen? Merujuk ayat di bawah. Bagaimanakah untuk saya mengetahui sama ada ia ayat komplemen atau tidak. Pegawai itu memberitahu bahasa Menteri Pelajaran akan melawat sekolah minggu hadapan. Terima kasih. | Lihat contoh ayat yang berikut: (a) Dia menerangkan sesuatu. (Ayat induk) (b) Murid itu sakit. (Ayat komplemen) Ayat (b) dipancang ke dalam ayat (a) untuk melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan ayat tersebut disebut hubungan komplemen dan ayat tersebut menjadi "Dia menerangkan bahawa murid itu sakit". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 509. | Tatabahasa | 21.05.2012 |
Salam sejahtera. Saya ingin tahu apakah maksud 'komplemen' dalam tatabahasa melayu. Mungkin tuan/puan boleh sertakan contoh supaya mudah difahami. Terima kasih. | Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Lihat contoh ayat yang berikut: (a) Dia menerangkan sesuatu. (Ayat induk) (b) Murid itu sakit. (Ayat komplemen) Ayat (b) dipancang ke dalam ayat (a) untuk melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan ayat tersebut disebut hubungan komplemen dan ayat tersebut menjadi "Dia menerangkan bahawa murid itu sakit". Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 504. | Tatabahasa | 18.02.2013 |
(1) Bolehkah kata pemeri 'ialah' menerima unsur komplemen, seperti ayat ini: Maksud jadual di atas ialah bahawa frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu....... (2) Jikalau boleh, kenapa? (3) Adakah kata pemeri 'adalah' lebih sesuai digunakan? | Kata pemeri “ialah” dan “adalah” tidak boleh menerima kata hubung pancangan komplemen. Hal ini disebabkan, kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk”. Contoh dalam ayat: (a) Dia menerangkan sesuatu. (Ayat induk) (b) Murid itu sakit. (Ayat komplemen) Ayat (b) dipancang ke dalam ayat (a) untuk melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan ayat tersebut disebut hubungan komplemen dan ayat tersebut menjadi "Dia menerangkan bahawa murid itu sakit". Manakala, kata pemeri “ialah” bertujuan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti “Guru besar SK Wangsa Melawati ialah Puan Noraini binti Ahmad”. Kata pemeri “adalah” pula menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti “Kedudukan seseorang menteri dalam masyarakat adalah tinggi” dan “Majlis Sekalung Budi diadakan adalah untuk meraikan pengetua yang bakal bersara”. | Tatabahasa | 18.06.2020 |