Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipanjat

Peribahasa

Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah.

Bermaksud :

Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, bolehkah tuan/puan jelaskan kepada saya perbezaan penggunaan imbuhan "di-..." dan "di-...-kan"? Sebab saya lihat ada orang guna ...diberi... kadang kala ...diberikan... Mohon pencerahan.

Kedua-dua perkataan yang menerima imbuhan awalan di- dan apitan di-...-kan merupakan kata kerja pasif.

Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama. Contohnya, ditulis, dipanjat, diolah, dihukum, dipanah dan diserkap.

Kata kerja yang dibentuk dengan awal di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga. Contoh ayat seperti yang berikut:

  1. Surat itu ditulis oleh adik saya.
  2. Kereta rosak itu ditarik ke bengkel.

Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi imbuhan apitan meN-...-kan. Ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan –kan.

Contoh apitan di-...-kan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Sebuah buku diberikan kepada adik oleh rakannya.
  2. Kenyataan itu dinafikan oleh orang tuanya.
  3. Rasuah cuba dihapuskan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 175 dan 202.

Tatabahasa15.06.2025

Kembali ke atas