Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipaparkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul? dipaparkan DI dada-dada akhbar atau dipaparkan PADA dada-dada akhbar? Apa sebabnya?Mengikut rumus tatabahasa frasa pada dada-dada akhbar yang paling tepat, walau bagaimanpun frasa di dada-dada akhbar telah mantap penggunaannya dan banyak digunakan dalam penulisan. Oleh itu, kedua-dua frasa tersebut diterima.Tatabahasa06.08.2012
merujuk kepada DBP/KPB/201409/04931 atas kelulusan gambar iklan untuk dipaparkan pada papan iklan. Lokasi iklan akan dipaparkan di Kuala Terengganu. Adakah kandungan tulisan kini perlu disekalikan dengan jawi. jika perlu, sila bantu menterjemahkan ayat berikut "Mengeratkan Perhubungan Membina Perniagaan"Sila hubungi pihak berkuasa tempatan yang berkenaan untuk kepastian mengenai penggunaan tulisan jawi. Sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk mendapatkan tulisan jawi yang betul untuk perkataan yang dikemukakan.Lain-lain26.09.2014
Selamat petang, Saya ingin membuat semakan berkenaan papan tanda yang harus dipaparkan di medan selera yang akan dibuka di AEON MALL Bandar Dato' Onn, Johor Bharu. Dibawah saya sertakan lampiran saiz dan contoh papan tanda yang akan dipaparkan. Sekian terima kasih. Yang benar, Nurasyikin
Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/
Lain-lain16.08.2017
salam......apakah maksud novel dan filem...... banyak novel yang diadaptasi ke filem, apa kaitan/hubungan novel dan filem....terima kasihNovel ialah cerita rekaan (cereka) yang dipaparkan melalui perkataan sementara filem adalah cereka yang dipaparkan melalui audio visual (alat pandang dengar). Kaitan /hubungan novel dan filem ialah kedua-duanya adalah alat penceritaan suatu peristiwa atau kisah atau cerita cuma mediumnya berbeza iaitu novel melalui perkataan/bahasa dan filem melalui alat pandang dengar.Lain-lain11.08.2008
Sejak kebelakangan ini sering dipaparkan di dalam media facebook tentang peribahasa berikut ; 1."harapkan pagar, pagar makan padi" atau 2."harapkan pegar, pegar makan padi" Yang mana yang betulPendapat (peribahasa) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Maklumat terperinci tentang peribahasa tersebut juga tidak ada dalam pangkalan data kami kecuali  peribahasa (asal) yang kita ketahui.Lain-lain31.12.2011
Mengapa Kamus Inggeris Melayu Dewan tidak dipaparkan ketika carian kata?Melalui carian kami, Kamus Inggeris-Melayu Dewan masih tertera dalam prpm. Mohon pihak tuan/puan semak semula.Lain-lain02.12.2017
Bolehkan anda terangkan kritikan sosial yang dipaparkan dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain? Terima kasih!Sdr. perlu membaca novel Konserto Terakhir bagi mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut.Lain-lain01.09.2007
Mengapakah masih ada papan tanda atau iklan yang dipaparkan tidak menggunakan perkataan yang mempunyai ayat yang lengkap dan formal dan bukannya bahasa kasar@rojak?Oleh sebab itu para pelajar pada masa kini lebih banyak didedahkan kepada penggunaan bahasa yang tidak sistematik..mengapa tidak ada pantauan?sila jelaskan?Sdr. Naruto, usaha pemantauan memang kerap kami lakukan ini termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan Sdr. juga DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan.Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan Terima kasih.Lain-lain14.09.2007
Ingin mendapat nasihat atas jenis perniagaan yang paling sesuai untuk dipaparkan atas iklan kilang memproses makanan. Kilang ini akan memproses bebola ubi kayu untuk air teh (bubble tea). Permohonan pengesahan iklan telah ditolak sebelum ini oleh pihak DBP.Cadangan kami: KILANG MEMPROSES MAKANANLain-lain25.02.2020
Tuan/Puan, tolong semak dan mengesahkan bahawa Iklan ini boleh dipaparkan di luar premis.

Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman web dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain05.09.2019
12345678910...

Kembali ke atas