Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipasang

Puisi
 

Anak Cina memasang lukah,
     Lukah dipasang di kayu jati;
Kasih sayang tidak berpisah,
     Ibarat rambut bersimpul mati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya bimbang mengenai signboard2 jalan yang dipasang oleh pihak PBT tanpa membuat semakan dengan pihak DBP terlebih dahulu sebelum dipasang oleh pihak kontraktor. Siapa harus bertanggungjawab jika ada sigboard yang dipasang tidak mengikut bahasa atau perkataan yg tepat. Senarai nama jalan seperti berikut:- 1. Di Lebuhraya Persekutuan KL ke Kelang saya melihat banyak signboard2 berbeza. Contoh. Signboard > J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar. 2. Di Jalan Maharajela ke Petaling Jaya saya melihat Signboard > Jln. Tun Sambanthan > Jln. Tun Sambhantan. 3. Dari Jalan Pudu ke Jalan Cheras > Signboard > Jln. Changkat Thamby Dollah > Jln. Changkat Tambhy > Jln. Changkat Tambi Dollah. 4. Dari bulatan Kg. Pandan ke Time Square Signboard > Ke Jalan Sultan Ismail > Ke Jalan Sultan Ismali. 6. Yang lebih menyedihkan signboard di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Semua signboard diseluruh sekitar kawasan ini ditulis dengan Jln T.A. Rahman. Pada pandangan saya nama jalan TAR adalah nama istimewa sempena nama YDP Agong Pertama. Jadi kenapa pihak PBT (DBKL) tidak mengambil perhatian/peka keatas perkara ini dan pihak kontaraktor pulak mengambil kerja cepat sambil lewa menyiapkan tender2 signborad. Saya syorkan Jln. T.A Rahman di perbetulkan semula ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (ayat penuh). Sebagai orangawam saya amat malu dan kesal atas perkara ini. Sebagai bukti saya akan poskan kepada pihak tuan iaitu aduan bergambar untuk tindakan yang segera. Sekian. Tajuddin Hassan

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain18.11.2010
Penggunaan kata sendi nama bagi ayat-ayat berikut yang mana betul? a. Iklan ditampal di dinding- dinding bangunan atau dipasang di tepi tepi-tepi jalan. b. Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan.Ayat yang lebih gramatis ialah "Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan."Tatabahasa05.03.2014
Saya mahu lantai di dalam kereta saya dipasang karpet. Ayat ini betul ke?

Ayat yang betul ialah “Saya mahu lantai kereta saya dipasang karpet.”.

Tatabahasa13.05.2024
salam, apakah istilah atau perkataan bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan/kebakaran/jenayah?terima kasih.

Istilah bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan, kebakaran, atau jenayah iala pita sekatan keselamatan.

Tatabahasa18.02.2014
Terdapat satu atap zink yang sengaja dipasang di belakang rumah itu menutupi hampir setiap perimeter dari hujan dan panas terik. SOALAN: ...dari hujan ATAU ...DARIPADA HUJAN?

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Terdapat satu atap zink yang sengaja dipasang di belakang rumah itu yang menghalang hampir setiap perimeter daripada hujan dan panas terik.”

Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.

Tatabahasa18.04.2025
Dewan yang gelap menjadi gilang-gemilang selepas semua lampu dipasang. Salam sejahtera, boleh tanya penggunaan kata ganda di atas "gilang-gemilang" sesuai atau tidak? Terima kasih.Kata ganda yang betul ialah "Dewan yang gelap menjadi terang-benderang selepas semua lampu dipasang".Lain-lain09.12.2023
Dalam bahasa Inggeris, "assemble' ialah 'to put something together'. Sebagai contoh, bahagian-bahagian almari yang berasingan disatukan dan dipasang menjadi sebuah almari. Manakala, 'install' ialah 'the object is already completed but needs to put in a particular place' bermaksud almari yang siap dipasang tadi kemudian dipasangkan dan dikukuhkan pula di sesuatu tempat, misalnya di bilik tidur. Apakah perkataan yang sesuai untuk 'assemble' bagi membezakannya dengan 'install' walhal kedua-dua perkataan sekiranya diterjemahkan membawa kepada maksud yang sama iatu 'pasang' tetapi sebenarmya proses yang berlainan? Terima kasih.Kami mencadangkan "assemble" diterjemahkan sebagai "sambung", "kumpul" atau "himpun", manakala "install" pula boleh diterjemahkan sebagai "memasang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna11.03.2021
Mohon pandangan untuk ucapan dipasang di 'billbord'.. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-60
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.

Untuk teks bagi ucapan khusus hari kemerdekaan, pihak kami cadangkan gantikan KEBANGSAAN dengan perkataan KEMERDEKAAN untuk menyatakan khusus ucapan Hari Merdeka. iaitu: "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-60"
Lain-lain14.08.2017
agar lesen banner kami dapat dipasang secepat mungkin.Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas.Lain-lain10.09.2014
Mohon semak bahasa untuk iklan kain rentang Jabatan untuk dipasang dan kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam : Jom Daftar sekarang ..! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama ! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO ? OPERASI PENGESANAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2013. HOTLINE PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.myUntuk pengesahan iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visual iklan kain rentang tersebut. 

Jom Daftar sekarang! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama-sama! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO? OPERASI PENGESANAN BERMULA  PADA 1 SEPTEMBER 2013. Talian Utama PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my
Tatabahasa30.07.2013
12345

Kembali ke atas