Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipasifkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengikut penerangan Tatabahasa Dewan imbuhan awalan ,, ter,, boleh bentuk kata kerja transitif . Persoalannya ialah seandainya ini terjadi ,maka kata kerja itu boleh dipasifkan. justeru ayat seperti ini ( Adik termakan lauk yang pedas itu ) boleh dipasifkan seperti berikut :( lauk yang pedas itu dimakan oleh adik ) atau ( lauk yang pedas itu termakan oleh adik) KERANA ANTARA TANDA UNTUK MENGENAL KATA KERJA TANSITIF IALAH AYAT ITU BOLEH DIPASIFKAN! ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, SOALAN SAYA IALAH , betulkah pemahaman saya seperti ini??????????????? TOLONG BERIKAN PENJELASAN YANG PANJANG DAN DENGAN CONTOH !

Saudara Wan,

Bentuk pasif ayat ' Adik termakan lauk yang pedas itu' ialah ' Lauk yang pedas itu termakan oleh adik'.  Imbuhan 'ter' pada perkataan makan bermaksud mampu /berupaya makan. Perkataan lauk ialah objek bagi kata kerja termakan.  

Tatabahasa21.06.2009
Tuan/Puan, Bagaimanakah hendak pasifkan ayat 'Saya dan Julia tidak pernah menunggang unta di padang pasir'? Terima kasih.

Ayat ini tidak boleh dipasifkan.

Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.

Lain-lain25.03.2021
Kata kerja tak transitif ialah kata yang lengkap tanpa perlu objek dan boleh dipasifkan. Saya keliru dengan perkataan menyanyi, menari, tidur. Kebanyakan carian saya jumpa mengatakan perkataan ini ialah kata kerja tak transitif. Tetapi jika dijadikan ayat, tiga-tiga perkataan ini boleh dipasifkan. Lagu itu dinyanyikan oleh kakak Pesakit itu telah ditidurkan oleh doktor kerana komplikasi. Jadi sebetulnya, ketiga-tiga perkataan itu kata kerja transitif atau tak transitif ya? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu, kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Untuk perkataan menyanyi, menari dan tidur, ia tergolong dalam “kata kerja tak transitif tak berpelengkap”.

Lain-lain16.11.2022
Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah. dipasifkan menjadi Kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah saya. tau Kedatangan biras ayah dari Sabah disambut olehnya'Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah' dipasifkan menjadi 'Kedatangan biras ayah yang baru tiba dari Sabah disambut olehnya'Tatabahasa09.03.2011
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin tanya mengapakah perkataan yang berimbuhan ber...kan adalah kata kerja tak transitif yang tidak boleh dipasifkan. Terima kasih. :)

Dalam buku Tatabahasa Dewan diterangkan bahawa  ayat dengan kata kerja tak transitif berimbuhan ber-…-kan yang diikuti oleh pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh ayat: Pengembara itu berselimutkan embun. Ayat ini tidak boleh dipasifkan seperti yang berikut: Embun diselimutkan oleh pengembara itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Halaman 144 – 147).

Tatabahasa20.08.2021
Ibu menghadiahi anak sebatang pen Kalau dipasifkan jawapannya... 1. Anak dihadiahi oleh ibunya sebatang pen 2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya.. Betul ke salah?? Terima kasih1. Anak dihadiahi sebatang pen oleh ibunya.
2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya.
Tatabahasa05.03.2019
Adakah imbuhan ter- yang membawa makna keupayaan tidak boleh dipasifkan? contoh: Saya terangkat beg yang berat itu. Beg yang berat itu terangkat oleh saya. Sekian, terima kasih.Ada dua rumus yang perlu kita teliti dalam kes ini. Pertama Awalan teR- yang membawa pengertian keupayaan (Tatabahasa Dewan, halaman 175), namun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada awalan teR- dengan kata ganti nama diri pertama. Rujuk pula halaman 490: Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan, walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada kata kerja pasif ter- dengan kata ganti nama diri pertama; dan pada halaman 491 diterangkan Ayat Pasid Kata Ganti Nama Diri Pertama, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini berlaku demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Berdasarkan ketiga-tiga rumus tersebut penggunaan ayat pasif diri orang pertama yang gramatis (berdasarkan konteks yang diperlukan) ialah Beg yang berat itu telah saya angkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk tajuk-tajuk yang berkaitan seperti pada halaman yang diberi dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa30.09.2011
Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Adakah ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan? Mohon berikan pencerahan. Terima kasih.Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Contoh ayat: "Dia mendapat hadiah." Ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan.Tatabahasa21.02.2025
Assalamualaikum Pn Rosnah sedang membersihkan halaman rumahnya. Jika ayat ini dipasifkan, adakah 'nya' dalam ayat perlu digugurkan?Ayat pasif yang betul ialah "Halaman rumahnya telah dibersihkan oleh Puan Rosnah".Tatabahasa27.02.2018
Merujuk soalan 32 iaitu `Mereka mencuba melupakan masalah itu`telah dipasifkan menjadi` Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka`. Mengapakah `mencuba` dalam ayat aktif telah hilang imbuhan `meN-`apabila dalam ayat pasif?

Imbuhan "meN" hanya digunakan dalam ayat aktif. Oleh itu, "mencuba" dalam ayat aktif menjadi "cuba" dalam ayat pasif.

Tatabahasa18.04.2009
123456

Kembali ke atas