| Bilakah buku "Tatabahasa Dewan Edisi Semakan" akan dipasarkan? | Buku tersebut belum dapat dipastikan tarikh sebenar untuk dipasarkan. | Lain-lain | 22.09.2007 |
| Saya mahu bertanya perbezaan penggunaan "legenda" dan "lagenda". | Perkataan atau ejaan yang tepat ialah lagenda yang bermaksud cerita (yang tidak dapat dipastikan benar tidaknya) yang bersangkutan dengan kisah-kisah bersejarah. | Ejaan | 15.08.2018 |
| saya Muneera Mamu belajar di Universiti Fatoni saya ingin bertanya perkataan dewa itu asal usul daripada bahasa sanskrit atau tidak terimakasih | Tidak dapat dipastikan perkataan "dewa" berasal daripada bahasa apa, tetapi dewa banyak digunakan semasa zaman Majapahit dan Hindu | Istilah | 22.09.2014 |
| adakah selepas perkataan serangkai seperti bagaimanapun dan walau bagaimanapun di awal ayat perlu diletakkan koma (,) selepasnya? contoh ayat: bagaimanapun, pendedahan ini tidak boleh ditentukan kuantitinya atau dipastikan nilainya pada masa ini. | Tidak perlu meletakkan tanda koma (,) selepas perkataan bagaimapanpun/walau bagaimanapun. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, Bab 6 Tanda Baca untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 27.01.2010 |
| Penggunaan laras & gaya bahasa ayat berikut adakan sesuai atau tidak. "Bagaimana nampak lebih muda dan selamanya..?" | Penggunaan laras bahasa dalam ayat berikut adalah betul dan hendaklah dipastikan elipsis (...) ditulis selepas selamanya, kerana elipsis digunakan apabila terdapat sebahagian kata dalam suatu ungkapan digugurkan seperti, 'Bagaimana nampak lebih muda dan selamanya... ?', dan jika elipsis ini ditiadakan, seperti 'Bagaimana nampak lebih muda dan selamanya?' ayat ini menjadi tidak lengkap/tergantung. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
| Salam. Yang manakah betul? Pegar atau pagar yang merujuk kepada peribahasa... | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. | Makna | 12.01.2015 |
| harapkan pagar,pagar makan padi atau harapkan pegar,pegar makan padi | Buku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. | Lain-lain | 29.10.2015 |
| Salam. Apakah status terkini peribahasa 'melepaskan batok' dan 'harapkan pegar, pegar makan padi'? Adakah sudah diterima rasmi oleh DBP atau bentuk lama masih dikekalkan? | Status tentang peribahasa yang banyak dibincangkan dalam ruang maya belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; | Sastera | 13.02.2019 |
| Saya inginkan pengesahan berkaitan peribahasa yang berikut: harapkan pagar, pagar makan padi ATAU harapkan pegar, pegar makan padi. | Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Tatabahasa | 10.09.2013 |
| Sejak kebelakangan ini sering dipaparkan di dalam media facebook tentang peribahasa berikut ; 1."harapkan pagar, pagar makan padi" atau 2."harapkan pegar, pegar makan padi" Yang mana yang betul | Pendapat (peribahasa) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Maklumat terperinci tentang peribahasa tersebut juga tidak ada dalam pangkalan data kami kecuali peribahasa (asal) yang kita ketahui. | Lain-lain | 31.12.2011 |