Saya ingin bertanya mana satukah ayat yang betul semasa membuat kenyataan tawaran iklan. a) Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal/pengeluar utama. Atau b) Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal/pengeluar utama. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Tawaran dipelawa/dibuka kepada pembekal/pengeluar utama. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Pertanyaan : Penggunaan bahasa seperti dijemput dan dipelawa ada perbezaankah maksudnya? cth: untuk surat rasmi kerajaan: Sehubungan dengan itu, tuan/npuan adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan atau pun Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. Yang manakah sesuai untuk digunapakai dalam surat rasmi? terima kasih | Maksud: 1. Jemput: menyambut, mengalu-alu (kedatangan seseorang) 2. Pelawa: mengajak, mempersilakan, ajakan undangan Oleh itu, jawapan yang tepat ialah "Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. | Istilah | 19.06.2014 |
Adakah perkataan 'mahu' hanya digunakan untuk menunjukkan hasrat atau keinginan seseorang apabila diajak, dijemput, atau dipelawa untuk tujuan tertentu? Contoh ayat: 1. Saya mahu pergi ke majlis perkahwinan Azizan atas jemputannya. 2. Adik masih tidak mahu membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu. 3. Sesiapa yang mahu mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Penggunaan 'mahu' dalam ayat kedua dan ketiga betul atau tidak? Sila beri penjelasan yang sewajarnya atau membuat perbandingan supaya saya jelas. Terima Kasih. | Penggunaan kata “mahu” dalam ayat kedua dan ketiga adalah betul kerana selain membawa maksud hasrat atau keinginan, perkataan mahu juga bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: bp maksud, keinginan, tujuan ( Kamus Dewan Edisi ketiga). Oleh itu, dalam ayat kedua “Adik masih tidak mahu (membawa maksud tidak suka hendak) membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu.Dalam ayat ketiga, “ Sesiapa yang mahu ( hendak) mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Perkataan dalam kurungan ialah maksud bagi perkataan “mahu”. | Tatabahasa | 15.03.2018 |
jawatan-jawatan kosond di dewan bahasa & pustaka | Sdr, Kekosongan jawatan di DBP akan disiarkan melalui akhbar berbahasa Melayu utama dan melalui laman web kami. Sila rujuk iklan tersebut dan sdr dipelawa untuk mengemukakan permohonan untuk berkhidmat dengan DBP. | Lain-lain | 21.02.2008 |
Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada organisasi anda? | Sdr. Narsyatika Usaha Memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Oleh itu, sdr merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya. Salah satu peranan DBP ialah memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebangsaan. Sekiranya sdr mempunyai bakat menulis, sdr dipelawa menghantar karya sdr ke Bahagian Majalah. Sekiranya sdr sebagai penulis atau karyawan sdr merupakan sebahagian daripada organisasi kami. Walau bagaimanapun, sekiranya sdr bukan penulis atau karyawan, sdr juga berperanan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan memartabatkan bahasa kebangsaan di persada tanah air. | Lain-lain | 27.04.2008 |
Salam Sejahtera, Saya dari syarikat QL Ansan poultry farm Sdn Bhd ingin bertanya tentang status iklan yang tidak lulus boleh jelaskan details masalah ini.. Terima Kasih.. | 1. Pihak tuan/puan boleh masuk semula ke sistem KPBDBP http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk melihat ulasan daripada pegawai kami sekiranya tidak lulus. 2. Ikllan ini tidak lulus kerana: a. PEMOHON DIPELAWA BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN b. Tukar EPF kepada KWSP c. Tukar Supervisor kepada PENYELIA d. Tukar kepada LESEN E PENUH e. Tukar kepada TEMU DUGA, E-MEL dan NO. TEL. | Lain-lain | 01.12.2015 |
Salam sejehtera. A Soalan saya masih merujuk tentang "kata hubung berpasangan'. Oleh kerana perkara tersebut tidak terdapat dalam Tatabahasa Dewan, apakah status ayat-ayat berikut? 1. Sungguhpun dia miskin tetapi dia masih menghulurkan derma kepada orang lain. 2. Walaupun dia tidak dapat bersekolah, namun dia masih mengambil kelas tuisyen. B Adakah dua atau lebih 'kata hubung' boleh hadir di dalam satu ayat ? Jika ada, harap dapat tuan berikan contohnya. Terima kasih. | Kata hubung berpasangan walaupun ... namun dan sungguhpun ... tetapi tidak gramatis. Kata hubung walaupun (dan sungguhpun) lazimnya diikuti dengan tanda koma seperti walaupun hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur dan sungguhpun tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
Perkembangan arus globalisasi telah menyebabkan peranan Bahasa Melayu tersisish dalam pendidikan. Ramalkan masa depan pembentukan istilah Bahasa Melayu dalam negara ini. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: 30 tahun perancangan Bahasa Malaysia | Abdullah Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1987 | 499.23 Abd | Terperinci Bahasa Melayu baku dan perancangan bahasa | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990 Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000 Bahasa dan globalisasi: cabaran terhadap perancangan bahasa Melayu | Puteri Roslina Abdul Wahid | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Perancangan Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara | Puteri Roslina Abdul Wahid | Dewan Masyarakat | 01/04/2005 Sdr juga turut dipelawa menjadi Rakan Dewan yang menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 01.05.2008 |