Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperakui


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan berkenaan perkataan "diperakui" dan "diperakukan" sama ada wujud? Permohonan ini telah diperakui / diperakukan oleh Ketua pengarah. semakan saya menggunakan Kamus Pro, perkataaan "diperakui / diperakukan" tidak wujud, yang dijumpai adalah memperakukan. Sekian, terima kasih.Frasa "diperakui" dan "diperakukan" boleh digunakan dan terakam dalam Kamus Dewan Perdana. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah "Permohonan ini telah diperakui oleh ketua pengarah".

Lain-lain10.12.2023
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'diperakui' dan 'diperakukan'. Terdapat nasihat tentang 'diperakui' sebagai lewah pada tahun 2012. Namun, terdapat nasihat yang menggunakan perkataan 'diperakui' pada tahun 2014. Saya mohon pencerahan bentuk yang boleh atau tidak boleh digunakan. Terima kasih daun keladi.Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa13.11.2014
Dengan ini diperakui bahawa Ariff Aiman Firdaus Bin Ariff Nizam telah terpilih dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Perkataan 'diperakui' atau 'diperakukan'....mana satu betul?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i, seperti diperakui, diperolehi dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa10.02.2015
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015
Kami ingin mencari syarikat penterjemahan yang diperakui oleh DBP. Sila bekalkan senarai syarikat/ organisasi yang diperakui kepada hui_min.hooi@bbraun.com untuk rujukan kami. Penterjemahan diperlukan untuk panduan pengguna bagi peranti perubatan.Tidak ada mana-mana syarikat/organisasi penterjemahan yang diperakukan oleh DBP. Untuk menyemak penggunaan istilah dalam pelbagai bidang, tuan boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.  Lain-lain07.06.2018
mana satu yang betul diperakui atau diperakukan?Memperakui bermaksud mengesahkan: lantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang- undang;

Memperakukan bermaksud 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diterjemahkan;

Oleh yang demikian kedua-dua perkataan ini betul bergantung pada penggunaannya dalam ayat.

Tatabahasa05.05.2009
munsyi, menurut Tatabahasa Dewab edisi ketiga dikatakan dipersetujui dan diperakui tidak digunakan, namun saya medapat cari kedua-dua perkataan ini dalam kamus dewan edisi keempat, saya memang kekeliruan. Harapkan munsyi dapat terangkan .. TQBerdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Oleh itu, bentuk yang gramatis ialah diakui atau diperakukan dan disetujui. Tatabahasa12.02.2012
1. Adakah satu ayat boleh menggunakan 2 kali DALAM (Kata Sendi Nama) 2. Contohnya, Dengan ini diperakui bahawa xxx telah mendapat anugerah terbilang dalam kategori Sekolah rendah / menengah dalam Pertandingan Program xxx sempena Hari Guru
  1. Tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan kata sendi nama yang berulang dalam satu ayat, asalkan betul dari segi tatabahasa dan penggunaannya dalam ayat.
  2. Penggunaan ayat yang lebih gramatis ialah Dengan ini, diperakui bahawa xxx telah mendapat anugerah terbilang bagi kategori Sekolah rendah/menengah dalam Pertandingan Program xxx sempena Hari Guru.
Tatabahasa30.04.2021
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya berkenaan dengan perkataan "netizen". Adakan perkataan ini baku dan diperakui oleh DBP? Sekiranya tidak, sila cadangkan penggunaan kata yang lain. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan istilah "netizen" diterjemahkan sebagai "warga siber".Istilah16.04.2022
saya mencari rangkai kata yang sesuai untuk COMBAT STRESS dalam bahasa malaysia. Adakah perkataan STRES diperakui dalam Kamus DBP dan juga perkataan KOMBAT

Tekanan tempur.

Perkataan stres telah diterima sebagai satu entri dalam Kamus Dewan tetapi perkataan 'kombat' masih belum diterima.

Makna19.10.2008
123

Kembali ke atas