Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperakukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana menulis sijil dengan betul??? 1) Adalah dengan ini diperakukan bahawa 2)Dengan ini diperakukan 3)Dengan ini diperakui 4)Adalah disahkan bahawa 5)Adalah dengan ini yang manakah yang betul???Frasa yang betul ialah "Dengan ini diperakukan bahawa Ali bin Ahmad ...".Tatabahasa25.01.2013
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'diperakui' dan 'diperakukan'. Terdapat nasihat tentang 'diperakui' sebagai lewah pada tahun 2012. Namun, terdapat nasihat yang menggunakan perkataan 'diperakui' pada tahun 2014. Saya mohon pencerahan bentuk yang boleh atau tidak boleh digunakan. Terima kasih daun keladi.Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa13.11.2014
Dengan ini diperakui bahawa Ariff Aiman Firdaus Bin Ariff Nizam telah terpilih dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Perkataan 'diperakui' atau 'diperakukan'....mana satu betul?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i, seperti diperakui, diperolehi dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa10.02.2015
mana satu yang betul diperakui atau diperakukan?Memperakui bermaksud mengesahkan: lantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang- undang;

Memperakukan bermaksud 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diterjemahkan;

Oleh yang demikian kedua-dua perkataan ini betul bergantung pada penggunaannya dalam ayat.

Tatabahasa05.05.2009
Assalamualaikum wbt. Pihak kami telah menghantar borang penamaan bangunan untuk diperakukan pada 3.6.16. Nama yang di cadangkan adalah CARDIAC VASCULAR SENTRAL KUALA LUMPUR. Cadangan nama ini di tolak atas alasan tidak menggunakan bahasa melayu. Kami telah jelaskan bahawa penggunaan nama di atas menggunakan nama syarlkat yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965. (Dilampirkan di bawah untuk informasi pihak tuan.) Dapat kiranya pihak tuan memberi penjelasan.DBP tidak mengesahkan nama syarikat yang telah didaftarkan. Nama bangunan mesti mempunyai keterangan jenis bangunan dalam bahasa Melayu di bahagian hadapan nama seperti MENARA, WISMA, BANGUNAN dan sebagainya. Contohnya: MENARA CARDIAC VASCULAR SENTRALLain-lain03.06.2016
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pandangan tuan / puan, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk "Acknowledge" sijil cuti sakit? Adakah "Diperakukan"? Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terim kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Bahasa Inggeris maksud acknowledge ialah memberitahu, memaklumi atau akuan. Maka terjemahan yang lebih sesuai ialah Akuan Sijil Cuti Sakit.
Makna21.02.2019
keluarkan kesalahan-kesalahan bahasa melayu di dalam iklan.Ciri bahasa Melayu dalam iklan ialah penggunaan Bahasa Melayu yang betul dari aspek tatabahasa dan ejaannya, tulisan bahasa Melayu yg menurut tulisan rumi atau khat jawi yg diperakukan, istilah atau ungkapan yg tepat bagi jenis aktiviti, bahasa melayu yg indah, canggih dan kretif, dan bahasa melayu diutamakan dari segi pemameran (sekiranya dipamerkan bersama-sama dengan apa-apa bahasa lain). Semua iklan yg tidak mematuhi syarat-syarat ini dikategorikan sebagai menyalahi garis panduan iklan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, DBP.Lain-lain14.11.2006
saya nak tanya apakah maksud "DIPERAKU" ? saya dah cuba cari dalam 'carian kata' tetapi perkataan yang saya cari itu tidak jumpa... saya harap pihak dbp dapat mambantu saya..sekian terima kasih..

Saudara,

Perkataan 'diperakukan'(pasif) daripada perkataan 'memperakukan'(aktif) bermaksud  memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diterjemahkan; Untuk mendapatkan makna perkataan ini  melalui carian kata saudara perlu menaip perkataan dasarnya, iaitu' aku'. 

Makna07.11.2009
Kami ingin mencari syarikat penterjemahan yang diperakui oleh DBP. Sila bekalkan senarai syarikat/ organisasi yang diperakui kepada hui_min.hooi@bbraun.com untuk rujukan kami. Penterjemahan diperlukan untuk panduan pengguna bagi peranti perubatan.Tidak ada mana-mana syarikat/organisasi penterjemahan yang diperakukan oleh DBP. Untuk menyemak penggunaan istilah dalam pelbagai bidang, tuan boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.  Lain-lain07.06.2018
Salam 1Bahasa, 1. Terjemahan perkataan 'check-point' dan 'explorace' dalam bahasa Melayu, apa? 2. Mengapakah ayat "Kamu harus bertindak dengan secepat yang mungkin." memerlukan kata hubung pancangan relatif 'yang'? 3. Ayat "Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar yang segera" atau "Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar segera", yanag manakah yang gramatis? 4. Ayat yang manakah sesuai untuk dijadikan cap getah "Diakui salinan yang betul" atau "Diperakukan salinan yang betul"? Terima kasih.1. check point = Tempat pemeriksaan , explorace = Penerokaan

2.  Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

3. Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar segera.

4. Diperakukan salinan yang betul.
Tatabahasa18.01.2013
12

Kembali ke atas