Salam, Mohon diperbaiki maklumat diri Munysi Dewan V seperti berikut : Norliza binti Abu Bakar IPG KAmpus Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab, 75990 Durian Daun, Melaka No Tel: 0126161399 (h/p) 06-2824827 (P) No Faks: 06-2847710 Terima kasih. | Puan, Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2010 |
Salam sejahtera. Kata kerja aktif transitif “memperbaiki” dan kata kerja pasif transitif “diperbaiki” sering kita temukan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Antaranya, “tempat memperbaiki kapal” (Kamus Dewan), “memperbaiki baju” (Kamus Dewan), dan “akan diperbaiki dalam terbitan yang akan datang” (Khidmat Nasihat Bahasa). Sepanjang pengetahuan dan pengamatan saya, kata kerja tersebut tidak boleh diguna pakai kerana merupakan bentuk terbitan yang lewah, apatah lagi tidak gramatis, yakni menyalahi sistem bahasa dari aspek morfologi. Penjelasan pihak tuan amat dialu-alukan dan dihargai. Sekian, terima kasih. | Pihak kami bersetuju dengan pendapat pihak tuan yang menyatakan penggunaan perkataan memperbaiki dan diperbaiki adalah bentuk terbitan yang lewah dan perkara ini juga dijelaskan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Walau bagaimanapun, perkataan memperbaiki dan diperbaiki ini lazim digunakan oleh masyarakat dan terakam dalam Kamus Dewan. Untuk makluman, salah satu fungsi utama kamus ialah untuk merakam penggunaan perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat. Namun begitu, untuk memastikan penggunaan yang betul dan gramatis perlulah dirujuk Tatabahasa Dewan. Pihak kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan diperbaiki dalam ( (Khidmat Nasihat Bahasa) dan perkara ini dibetulkan oleh pihak kami. Terima kasih. | Tatabahasa | 04.12.2018 |
Buku yang koyak dipulihkan/diperbaiki ? | Perkataan yang sesuai ialah diperbaik. | Tatabahasa | 29.06.2013 |
Bagaimana ayat berikut boleh diperbaiki jika 'nya' tidak boleh digunakan? Gagak itu cuba memasukkan paruhnya ke dalam jag itu. Ataupun 'paruhnya' betul jika 'nya' dianggap sebagai kata penekan? | Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Oleh itu, 'nya' perlu digugurkan dalam ayat tersebut dan menjadi Gagak itu cuba memasukkan paruh ke dalam jag itu. | Tatabahasa | 21.12.2011 |
mana ayat yang betul..diperbaiki atau dibaiki? | Yang betul ialah "dibaiki" atau "diperbaik". | Tatabahasa | 02.04.2009 |
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Lain-lain | 10.03.2010 |
adakah prestasi pemain negara perlu diperbaik atau diperbaiki? | diperbaik | Tatabahasa | 27.05.2013 |
Saudara, adakah susun atur ayat dibawah ini betul/boleh digunakan atau boleh diperbaiki lagi. "Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit." | Ayat yang betul : Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
Tuan, Bahagian cadangan perkataan atau saran kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia tidak berfungsi dan perlu diperbaiki. (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx, http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) “Error : Cannot execute statement: impossible to write to binary log since BINLOG_FORMAT = STATEMENT and at least one table uses a storage engine limited to row-based logging. InnoDB is limited to row-logging when transaction isolation level is READ COMMITTED or READ UNCOMMITTED. - See more at: http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx#sthash.mfSsA7My.dpuf” (Pencadang : Kang Chuen Tat - 江俊达; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com) | Maklumat yang diberikan telah dikemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP untuk tindakan selanjutnya. Kami berusaha untuk menanganinya dengan kadar segera. Terima kasih. | Lain-lain | 30.04.2014 |
Terdapat kesalahan bahasa pada Laman Utama DBP iaitu: lain-lain bengkel sepatutnya bengkel-bengkel lain Harap dapat diperbaiki segera sebelum diaudit oleh khalayak pembaca. Terima kasih. | Teguran puan kami ambil maklum dan menyalurkan kepada bahagian berkenaan untuk diambil tindakan segera. | Tatabahasa | 16.07.2012 |