Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperbanyak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunaan "diperbanyak" dan "diperbanyakkan"; perkataan yang manakah betul? Bagi ayat berikut, adakah pergunaan perkataan ini betul? "Buku-buku bahasa Melayu perlu diperbanyak."Perbezaan antara diper- dengan dipeR-...-kan.  Awalan diper- digunakan dengan kata adjektif manakala apitan dipeR-...-kan digunakan dengan kata kerja dan kata nama.. Penggunaan imbuhan yang betul bagi kata adjektif banyak ialah diperbanyak yang membawa maksud (dijadikan lebih banyak atau bertambah banyak). penggunaan perkataan diperbanyak dalam ayat "Buku-buku bahasa Melayu perlu diperbanyak" adalah betul. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 214 - 215.Tatabahasa06.09.2017
Terima kasih atas respons pihak tuan untuk soalan tentang Kata Adverba yang saya ajukan tempoh hari yg lepas. Namun, sebenarnya saya masih belum mendapat jawapan yang betul2 boleh menjawab soalan saya mengenai empat jenis kata adverba, jati, asal adjektif, asal kata kerja dan gandaan yang menerangkan kata nama dan frasa nama secara spesifik. Contoh seperti yang pihak tuan kemukakan memang ada di dalam Tatabahasa Dewan tetapi hanya untuk contoh yang umum di bahagian pengenalan sahaja. Bagaimana dengan spesifik? Tatabahasa Dewan hanya menyatakan seperti yang berikut : a) Kata Adverba jati menerangkan Kata Kerja, Kata Adjektif, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. b) Kata Adverba asal Kata Adjektif menerangkan Kata Kerja, Kata Adjektif dan Frasa Sendi Nama. c) Kata Adverba asal Kata Kerja menerangkan Kata Kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. d) Kata adverba bentuk gandaan menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Keempat-empat spesifikasi ini langsung tidak menyebut tentang kata nama atau frasa nama. Boleh jelaskan berserta contoh? Terima kasih.Solan tersebut telah dijelaskan dalam jawapan yang lalu, iaitu ayat Hari jadinya ialah hari esok merupakan contoh adverba (esok) yang menerangkan kata nama (hari). Seperti yang diketahui, kata adverba boleh hadir sebelum atau selepas kata/frasa yang diterangkan. Untuk makluman tuan, adverba ialah tajuk baharu yang dimasukkan dalam buku Tabahasa Dewan, Edisi Ketiga. Berkemungkinan penjelasan tentang adverba akan diperbanyak dalam terbitan buku tatabahasa yang akan datang.
Tatabahasa28.01.2016

Kembali ke atas