Perkataan "penyumbaleweng" banyak diperbincangkan dalam Internet. Dari mana datangnya kata tersebut dan bolehkah saya gunakan sebagai padanan untuk pervert dalam bahasa Melayu? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud pervert ialah penyumbaleweng. | Makna | 29.04.2017 |
Soalan. PEKARA-PEKARA BERBANGKIT ATAU PERKARA BEBANGKIT ? * Dalam minit mesyuarat tersebut terdapat banyak perkara yang diperbincangkan. Terima kasih | Lazimnya kita hanya menulis Perkara Berbangkit tidak kira hanya satu atau lebih Perkara Berbangkit yang timbul. | Tatabahasa | 28.06.2012 |
"ia" ialah perkataan ganti nama diri ketiga. Namun ramai penulis menggunakan 'ia' di dalam ayat dengan tujuan memudahkan penulis merujuk kepada subjek atau isu yang diperbincangkan tanpa perlu mengulang-ulang subjek/isu walhasil memanjangkan ayat tersebut. Di dalam konteks ini, ramai penulis mengguna 'ia' untuk mengganti 'it', dan penggunan sedemikian rupa bertaburan di dalam penulisan-penulisan teknikal. Harap DBP perjelaskan penggunaan ayat 'ia' yang betul. | Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
minta jelaskan maksud bahasa taboo, bahasa pidgin, bahasa kolakial dan bahasa rojak | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?. Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak: bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Makna | 19.06.2010 |
Terangkan maksud perkataan berikut dan penggunaannya: a) perkataan taboo (kata larangan) b) pidgin c) kreol d) kolokial e) bahasa rojak | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?. Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak: bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Makna | 04.07.2010 |
takrif bahasa dan contoh : - taboo - kreol -kolokial - pigin, | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?. Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa kreol: bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Istilah | 04.07.2010 |
1. Apakah beza antara tabu dan eufemisme? 2. Ciri-ciri tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 3. Fungsi tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 4. 10 contoh tabu dan eufemisme dalam konteks masyarakat hari ini. Terima kasih. | Tabu: 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan? Eufemisme: (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. Untuk persoalan lanjut mengenai kajian kedua-dua kata ini sila rujuk artikel, buku atau majalah yang berkaitan. Tiada entri dijumpai Cadangan dari Kamus BI-BM: euphemism eulogise defense eugenics defensive elegise euphemistic extremism feudalism peacetime surmise uterine utilise edgewise eulogist eulogize lifetime defeatism defective effective eufemismekata nama euphemism(Inggeris-Melayu) eufemisme Huraian: Ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. (SAS) Bidang: DIDIK, SAS, PUISI Istilah lama: kias halus, ungkapan halus | Lain-lain | 20.07.2009 |
Keluar atau ke luar? Saya agak bingung bila menggunakan perkataan ini. Dalam ayat berikut yang manakah betul? a) Sejak pemergian anaknya keluar negeri, ia termenung sahaja. b) Memohon keluar negeri c) Dia berjalan keluar melalui pintu belakang. soalan seterusnya bagaimana membezakan dan lain-lain (dll) dengan dan sebagainya (dsb). Saya ucapkan terima kasih atas keterangan yang akan diberi kelak. | Keluar dan ke luar dalah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri c) keluar melalui pintu belakang. Lain-lain itu maksudnya tidak sama. manakala sebagainya bermasud untuk, bagi 2. jadi, menjadi, selaku:; 3. bertindak spt, selaku: demikian pula, lebih-lebih lagi: a) lain-lain serupa (semacam) itu: b) sepatutnya:. T.kasih. | Lain-lain | 08.09.2008 |
1. Yang mana satu betul? Perlepasan atau pelepasan. 2. Kenapa perkataan keluar disambungkan sedangkan perkataan ke dalam dijauhkan. Terims kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Perlepasan bermaksud perihal berlepas dan digunakan untuk maksud terutamanya perlepasan kapal terbang, contoh ayat: Menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. Manakala pelepasan pula bermaksud perihal melepaskan: Contoh ayat: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; Keluar dan ke luar ialah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri. Oleh itu, jika dibandingkan dengan kedua-dua makna perkataan keluar dan ke luar ini, maka ejaan ke dalam ialah sama erti/maksud penggunaannnya dan ejaannya dengan perkataan ke luar.
| Ejaan | 04.06.2018 |