Tuan/Puan, Adakah bahasa yang digunakan betul seperti fail lampiran yang dipergunakan untuk tujuan permohonan lesen iklan? Sekian Terima Kasih. Yang benar, En. Wong 0123027210 | Penggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 03.06.2015 |
maksud modal sosial dan contohnya? | Merujuk Kamus Dewan, modal ialah wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan. Manakala sosial ialah segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Bagi memperoleh maksud frasa modal sosial, saudara hendaklah merujuk uku atau makalah yang berkaitan. Harap maklum. | Makna | 13.07.2008 |
Salam sejahtera! Mengenai perkataan bisa, rujukan di kamus menunjukkan bahawa ianya mempunya makna berikut: bisa II tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) bisa II Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Adakah perkataan bisa diterima di dalam perbendaharaan Melayu, walaupun seringkali digunakan di dalam pertuturan/penulisan bahasa Indonesia? Apakah ianya sudah dimelayukan and ianya menjadi perkataan Melayu yang rasmi, seperti di dalam Kamus Dewan Edisi Kedua. Saya dapati bahawa ada sekumpulan perkataan/istilah Indonesia yang disenariakan di dalam kamus. Apakah sebabnya perkataan ini disenaraikan, manakali yang lain pula dikecualikan? Maaf jika soalan saya ini dianggap terlalu kasar/tidak beralas. Sekian, terima kasih! | Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Dalam penulisan di Malaysia, sewajarnya menggunakan bahasa Melayu yang rasmi dengan pemilihan kata yang bersesuaian. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
Ayat yang gramatis ialah "Adik/Mimi minum menggunakan straw". Binaan ayat perlu menggunakan kata kerja yang tepat dengan makna yang terkandung di dalamnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan DBP Oleh itu, Adik/Mimi minum guna straw merupakan ayat yang tidak betul? Adik guna straw minumjuga tidak dapat diterima? Ayat ( Adik minum guna straw ) ini dijumpai di sebuah buku kerja : Belajar Menulis dan saya sendiri beranggapan ayat ( adik guna straw minum) adalah tepat. Harap mendapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai masalah tersebut supaya dapat mengajar murid-murid dengan betul. sekian, terima kasih. | Perkataan "menggunakan" lebih tepat kerana menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menggunakan didefinisikan sebagai mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya untuk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dengan: dia ~ kesempatan yang baik ini untuk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dengan ~ kuasa elektrik. | Tatabahasa | 19.06.2013 |