Untuk soalan sebegini, yang manakah jawapan yang betul? "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia? Apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu? Adakah masih sama seperti dahulu? atau "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia, apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu dan adakah masih sama seperti dahulu?" Terima Kasih. | Jawapan yang betul ialah, "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia? Apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu? Adakah masih sama seperti dahulu?”. | Tatabahasa | 13.04.2023 |
Zam Lee WED 15:55 Zam Lee Zam bahasa melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak ada yang mempertahankan dan memperjuangkan | Ayat yang betul ialah Bahasa Melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak dipertahankan dan diperjuangkan oleh sesiapa. | Tatabahasa | 28.12.2016 |