| Terlampau banyak jawapan dalam Khidmat Nasihat yang sudah tidak relevan. DBP mesti segera mengemas kini jawapan-jawapan dan soalan-soalan dalam Khidmat Nasihat supaya bahasa Melayu yang berpiawai dapat diperkasakan. Kekeliruan-kekeliruan ini menimbulkan keliru buat pemain-pemain industri bahasa sendiri akibat daripada bahagian Khidmat Nasihat yang tidak dirapikan dan dikemaskan. Amanah DBP besar untuk memurnikan bahasa Melayu yang baik. | Kami mengambil maklum cadangan puan. Untuk makluman puan, sistem Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) dalam proses untuk dinaik taraf, manakala paparan jawapan juga dikemas kini dari semasa ke semasa. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan cadangan puan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan kami dan kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna KNDBP. | Lain-lain | 06.06.2024 |
| Salam sejahtera buat tuan, Saya cuma ingin bertanya mengenai beberapa kemuskilan yang selalu mengelirukan saya. Betulkah perkataan daripada kata abjektif tidak boleh ditambah dengan imbuhan di...kan? contohnya, dibesarkan, diperkasakan dll. Bolehkah tuan memberikan beberapa contoh untuk rujukan saya. Keprihatinan tuan untuk menjawab soalan saya, saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-...-an, contohnya kedinginan, kemelayuan. Tidak ada contoh apitan di-...-kan untuk kata adjektif. | Tatabahasa | 05.09.2008 |
| Salam. Pada abad ke-21 ni kita melihat banyak cabaran yg dihadapi dalam usaha untuk memartabatkan dasar dan polisi bahasa di negara kita. Dalam konteks pembangunan perisisan teknologi maklumat, apakah langkah-langkah yg diambil DBP untuk mengekalkan polisi bahasa yang tersedia ada agar seiring dengan pembangunan teknologi maklumat? | Assalamualaikum Untuk makluman, kemajuan teknologi maklumat tidak akan memperkasakan bahasa Melayu tetapi dengan mengetahui kelebihan teknologi maklumat seperti mampu menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas, tanpa halangan masa dan sempadan benua maka bahasa melayu boleh diperkasakan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat. Ini bermakna kita boleh memperkasakan bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maklumat. Caranya, pertama kita perlu memahami bagaimana kita boleh menerbitkan bahan-bahan berbahasa melayu dengan pantas menggunakan teknologi. Kedua, kita perlu memahami kelebihan penyebaran maklumat menggunakan teknologi berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional dan ketiga fikirkan pula bagaimana menggunakan teknologi ini boleh memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu. Contohnya, untuk memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu kita haruslah memperbanyakkan penerbitan bahan-bahan berbahasa melayu di berbagai-bagai bidang dan berbagai-bagai peringkat pengguna. Ini lah yang sedang diusahakan dengan giat oleh DBP. Dengan menggunakan teknologi kita boleh mempercepatkan proses penulisan, penyuntingan dan juga penerbitan. Seterusnya dengan menggunakan teknologi kita boleh menyebarluaskan bahan tersebut tanpa sempadan dunia dengan pantas dan bahan tersebut juga boleh dicapai diseluruh dunia tanpa mengira waktu (pagi atau petang , siang atau malam). Malahan di negara sedang berperang pun kita boleh menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan menggunakan teknologi. Bayangkan jika kita cuba menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan kaedah tradisional di negara yang sedang berperang! Begitulah hebatnya teknologi. | Lain-lain | 03.11.2010 |
| apakah peranan dewan bahasa dan pustaka dalam memperkasa dan memperkembangkan bahasa melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan. | Lain-lain | 03.02.2009 |
| sejauh mana bahasa melayu telah tersebar? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan. | Lain-lain | 18.10.2010 |
| apakah yang dimaksudkan bahasa melambangkan negara terbilang? | Sesebuah negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan, yang juga menjadi bahasa rasmi negara berkenaan. Di Malaysia, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu sebagaimana tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem persekolahan di semua sekolah rendah kerajaan, menengah dan kemudian di peringkat universiti apabila ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di pusat pengajian tinggi awam diperluaskan. Melalui sistem pendidikan ini, bahasa Melayu menjadi alat utama adalam sistem pendidikan kebangsaan. Kesan daripada pelaksanaan sistem ini, terbukti ramai graduan tempatan dilahirkan dengan cemerlang hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menyumbang ke arah pembangunan negara dalam bidang ekonomi, pelajaran, politik, kesihatan, pertanian, perindustrian,pertahanan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan perlu dipertahankan, diperkasakan dan dikembangkan sesuai dengan ledakan maklumat semasa agar bahasa kebangsaan tidak statik, sebaliknya mampu dijadikan bahasa ilmu, bahasa komunikasi sosial, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang, bahasa teknologi maklumat dan bahasa perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjana ke arah menjadikan sesebuah negara itu terbilang. | Lain-lain | 03.03.2008 |