Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperkatakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semakan terjemahan Well, gee, that sure is a kind thing to say. Itu ialah sesuatu yang baik untuk diperkatakan.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Sesuatu yang baik untuk diperkatakan.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu. mengapakah kesalahan bahasa ialah apa? adakah kita perlu menggunakan " apa-apa"?Antara fungsi "apa" ialah pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang),contoh ayat: tidak terdengar apa yg kaucakapkan. Oleh itu "apa" dalam ayat "Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu." boleh digunakan.  Tatabahasa18.07.2008
Apakah yang boleh diperkatakan tentang kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera.

 

 Saudara yang dihormati,

Penyelidikan dan penulisan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sebagaimana lazim dilakukan ialah secara pengtarikhan, termasuklah  tahun, dekad dan dilaksanakan juga secara generik. Penulisan sejarah sastera kesusasteraan Melayu tradisional yang sering dilakukan ialah pertama menjelaskan konsep dan pendekatan, latar belakang sejarah, perbincangan mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, sastera sejarah, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan ketatanegaraan, serta kepustakaan ilmu tradisional.  Penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu  latar belakang sejarah, dikuti dengan kajian dan penulisan mengikut genre seperti  cerpen, puisi, , novel, drama dan esei kritikan mengikut dekad kemunculannya.  Perbincangan setiap genre secara tidak langsung meliputi latar belakang perkembangan, bentuk, teknik, bahasa, tema, pendekatan, aliran pemikiran dan sebagainya.  Saudara boleh menentukan cakupan dan batasan kajian mengikut keperluan dan objektif kajian sejarah yang akan dilaksanakan. Buku sejarah kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat dijadikan bahan rujukan  yang berguna, antaranya ialah buku  Kesusasteraan Melayu Tradisional (1993, 2000) dan Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 dan jilid 2 (2006).  Buku-buku lain yang dihasilkan oleh A. samad Ahmad, Liaw Yock Fang , Wilkinson dan Winstedt juga bermanfaat sebagai bahan rujukan.

 Salam takzim. 

Lain-lain15.10.2010
Ahmad tidak boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh ibunya.

Ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun, saudara dikehendaki mengemukakan soalan dengan jelas ataupun saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang tatabahasa.

 

Lain-lain20.11.2011
Ayah masih samar-samar ____maksud yang telah diperkatakan oleh penceramah itu. A dengan B akan C daripada D tentang tuan, apakah jawaban yang lebih sesuai? tq

Salam sejahtera,

Jawapan yang tepat ialah 'tentang'. Hal ini disebabkan 'tentang' bersinonim dengan maksud mengenai, berkenaan dan berhubung dengan.

Tatabahasa09.01.2013
Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi?Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk.Lain-lain04.09.2007
apakah maksud isu semasa menurut kamus dewan ?Makna isu semasa ialah perkara pokok atau persoalan terkini yang diperkatakan/dibincangkan.Makna20.03.2010
Ali yang mewakili belia Perlis memperkatakan sesuatu ketika membahaskan usul perumahan rakyat. Bagaimana ayat pasifnya?Selamat ptg.

Ayat pasif ialah Sesuatu telah diperkatakan oleh Ali yang mewakili belia Perlis ketika membahaskan usul perumahan rakyat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa17.11.2016
SILA NYATA JENIS-JENIS LARAS BAHASA YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU DAN NYATAKAN CIRI-CIRI LARAS TERSEBUTLaras bahasa sering dikaitkan dengan sesuatu bidang yang ingin diperkatakan dan kesesuaiannya. Contohnya laras bahasa undang-undang berbeza dengan laras bahasa agama dan laras bahasa sains berbeza dengan laras bahasa sastera.Tatabahasa15.02.2007
Apakah konsep tatabahasa mengikut pendapat daripada ahli akademik dan buku? diharapkan juga dapat dinyatakan siapa dan tajuk buku serta mukasuratnya untuk dijadikan panduan.Perbincangan tentang konsep tatabahasa banyak diperkatakan oleh ahli akademik dalam buku atau kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai wacana. Sila rujuk buku tatabahasa yang banyak diterbitkan seperti buku Tatabahasa Dewan, halaman Kata Pengantar. Terima kasih.Tatabahasa20.01.2009
1234

Kembali ke atas