definisi globalisasi | Globalisasi bermaksud proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi. | Makna | 06.02.2009 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GLOTALISASI DAN CONTOH-CONTOHNYA | Puan, Makna globalisasi ialah proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Makna | 11.08.2010 |
Kata-kata yang menerima awalan “memper-” tidak perlu menerima akhiran “-kan”, kerana maksud “menjadikan”. Bagaimana pula dengan awalan "diper". Adalah awalan tersebut juga tidak menerima akhiran kan. Cth: diperluas atau diperluaskan. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih. | Terdapat dua pengertian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu: i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu. ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contonya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214. | Tatabahasa | 19.03.2015 |
bagaimana hendak mengenalpasti jenis-jenis frasa? harap dapat diterangkan dengan terperinci kerana saya kurang faham berkaitan ini | Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat dan dalam satu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,halaman 435. | Tatabahasa | 20.02.2009 |
assalamualaikum..... apakah fungsi klausa dn frasa melalui bukti yang kukuh | Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang berfungsi sebagai konstituen kepada ayat. Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Untuk lebih jelas, anda boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 431 – 436. | Tatabahasa | 28.07.2018 |
mengapakah frasa dikatakan sebagai unsur yang paling asas dalam hierarki sintaksis? | Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Contoh frasa yang mengandungi dua perkataan ialah “burung merpati” dan binaan frasa yang mengandungi satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas ialah seperti perkataan “burung” yang dapat dikembangkan menjadi dua perkataan atau lebih menjadi “seekor burung”, “burung merpati”, “seekor burung merpati” dan sebagainya. Oleh itu, frasa dikatakan unit asas kerana daripada binaan susunan frasalah yang dapat dikembangkan menjadi ayat. | Tatabahasa | 25.02.2018 |
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. | Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
Terima kasih di atas jawapan tuan. Cuma untuk soalan kedua, saya mahu tahu tentang terjemahan "tweet", bukan aplikasi twitter. 2. Adakah perkataan menciap sudah diterima sebagai terjemahan untuk "tweet" dalam aplikai twitter? | Dalam aplikasi tweet, penggunaan kata yang berkaitan merujuk perbuatan yang dilakukan seperti penulis atau menulis dalam twitter. Perkataan menciap khusus kepada bunyi burung dan belum diperluas maknanya untuk aplikasi berkenaan. | Istilah | 15.03.2018 |
Selamat sejahtera tuan DBP. Saya hendak bertanya: adakah rangkai kata nama "hal penggunaan bahasa Melayu" lewah kerana "penggunaan bahasa Melayu" sudah bermaksud "hal menggunakan bahasa Melayu"? Jika demikian, "hal penggunaan bahasa Melayu" bermaksud hal hal menggunakan bahasa Melayulah (penggunaan = hal menggunakan)! Ini perlebihan (keadaan berlebihan) maksud. Tetapi, untuk rangkai kata nama seperti "situasi kebahasaan", jika ditulis sekadar "kebahasaan" sahaja, maksud "situasi" itu tidak tererti kerana "kebahasaan" bermaksud hal bahasa yang umum yang dapat diperluas kepada apa-apa makna sahaja: situasi bahasa, ciri bahasa, sifat bahasa. Bertalian dengan soal ini, WordPad yang berisi soal saya telah saya lampirkan bersama surat ini. Lamun (kendatipun) soal ini tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, saya masih berharap kepada dalil (keterangan) tuan arif untuk mengukuhkan pegangan saya. Harap saya dapat mendapat jawab yang tahkik (sah) dan meyakinkan saya daripada tuan. Terima kasih. | Kami menerima pandangan tuan, frasa yang gramatis ialah "penggunaan bahasa Melayu" kerana perkataan yang terbit daripada apitan peN-...-an boleh membawa maksud perihal atau proses. | Tatabahasa | 29.11.2016 |
Salam, 1. Bagi perkataan yang selalunya hadir bersama-sama misalnya "larut malam", "luar biasa", "selamat malam", "zaman keemasan" itu dirujuk sebagai apa? kata atau frasa? Disebabkan contoh-contoh tersebut hanya terbentuk daripada dua patah perkataan sahaja, jadi bolehkah kesemua contoh di atas digolongkan sebagai frasa pendek? Sekian, terima kasih. | Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Oleh itu, "larut malam", "luar biasa", "selamat malam" dan "zaman keemasan" ialah frasa. | Tatabahasa | 05.09.2012 |