Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperlukan

Peribahasa

Manusia tertarik oleh tanah airnya,
     anjing tertarik oleh piringnya.

Bermaksud :

Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Diperlukan khidmat nasihat DBP dan ayat terbaik untuk susunan ayat di bawah. 1. JOM CETUSKAN KEHANGATAN! 2. CETUSKAN KEHANGATAN RASA! 3. MENCETUS HANGATNYA RASA! 4. MENCETUS KEHANGATAN RASA!

Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah MENCETUS KEHANGATAN RASA!
Makna10.03.2017
diperlukan oleh kenderaanSoalan anda tidak jelas.Lain-lain11.06.2010
Salam sejahtera. Masukkan tarikh bila diperlukan @ Masukkan tarikh apabila diperlukan? Jawapan akan diperoleh @ Jawapan akan diperolehi? (Kedua-dua soalan di atas adalah daripada laman KNDBP di bawah Panduan Pelanggan-KNDBP-Cara Penggunaan) Kedua-dua anaknya @ Kedua-dua orang anaknya? Dia berjaya (menyandang) lawannya di penjuru gelanggang selepas menjatuhkannya. Perkataan (menyandang) adalah salah. Sila memberi cadangan perkataan yang sesuai untuk kurungan tersebut. Cadangan saya: menyandingi, menandingi. Terima kasih.Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami.Tatabahasa14.04.2022
Salam sejahtera Yang mana satukah antara ayat tanya di bawah adalah betul? Berapakah buah khemah yang diperlukan? Berapa buahkah khemah yang diperlukan? Berapa buah khemahkah yang diperlukan? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Berapakah khemah yang diperlukan?"Tatabahasa15.03.2023
Tarikh diperlukan minggu ini.Untuk urusan hak cipta karya DBP, kami mencadangkan puan menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek DBP,  Puan Hajah Kamariah binti Yusof, di talian 03-21479494 dan e-mel kamari2@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat tentang proses penerbitan, hubungi Jabatan Penerbitan DBP melalui talian 03-21479000/9534/9536;  manakala maklumat tentang dana penulis pula boleh diperoleh melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479129.Lain-lain10.05.2015
Adakah koma diperlukan selepas "Hal ini demikian" atau ayat ini boleh ditulis tanpa koma?Tanda koma berfungsi sebagai memisahkan penanda wacana yang hadir di hadapan ayat induk. Oleh itu, penggunaan tanda koma (,) perlu digunakan selepas "Hal ini demikian". Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 109 - 113.Tatabahasa21.03.2025
tarikh bila diperlukan: 16/04/2014 MEMOHON TERJEMAHAN BAGI PERKATAAN BERIKUT: MUSEUM COLLECTIONS MAKE CONNECTIONSUntuk makluman, DBP tidak memberikan khidmat terjemahan. DBP hanya memberikan khidmat penyemakan perkataan dalam bahasa Melayu. Sila terjemah dahulu dan hantar kepada kami untuk pengesahan sama ada bahasa Melayu yang digunakan adalah betul atau tidak.Penyemakan dan penterjemahan15.04.2014
Salam sejahtera. Yang manakah adalah betul? 1. Masukkan tarikh bila diperlukan atau Masukkan tarikh apabila diperlukan? 2. Jawapan akan diperoleh atau Jawapan akan diperolehi? Dilampirkan gambar halaman KNDBP di bawah Panduan Pelanggan-KNDBP-Cara Penggunaan. Sila buat pembetulan jika terdapat kesilapan supaya tidak timbul kekeliruan. Terima kasih.Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas teguran dan kami akan perbaiki ayat tersebut.
1. Masukkan tarikh apabila diperlukan.
2. Jawapan akan diperoleh ...
Lain-lain18.04.2022
Tanda koma (,) Adakah tanda (,) diperlukan sebelum perkataan (dan)? Contoh: Ibu beli ikan, beras dan sayur.Tanda koma tidak diperlukan sebelum perkataan "dan" pada ayat contoh yang diberikan.Lain-lain13.07.2016
Assalamualaikum wrt. wbt. ang manakah lebih tepat untuk digunakan dalam prosedur permohonan data remote sensing : i) Nyata sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan atau ii) Nyatakan kenapa imej satelit berkenaan diperlukan. Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Nyatakan sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan". Tatabahasa23.05.2011
12345678910...

Kembali ke atas