apakah perbezaan maksud antara 'tertonjol' dengan 'terserlah'? satu soalan lagi, apakah perbezaan maksud antara 'dipersendakan' dengan 'dipermainkan'? | Pebezaan maksud: 1. tertonjol = teranjur, tersembul; cnotoh: Perutnya kelihatan tertonjol. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 2. terserlah = kelihatan berseri (berkenaan kecantikan dll.); kelihatan nyata berscahaya (bkn. bulan dll.); Kecantikannya terserlah selepas disolek oleh mak andam. 2. Kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn. bakat dll.); Kebolehannya terserlah dlm. persembahan yang menarik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). 3. dipermainkan/dipersendakan= mempunyai maksud yang sama. | Istilah | 10.06.2014 |
"sebelum dia terus dengan perangai buruknya itu, eloklah kita menyedarkannya bahawa bukan semua orang boleh dipersendakan". Dalam ayat ini, perkataan 'dipersendakan' dikatakan sebagai kesalahan istilah. 'dipersendakan' digantikan dengan 'dipermainkan'. Masalahnya, dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama. Jadi, mengapakah perkataan 'dipersendakan' tidak sesuai digunakan dalam ayat ini? | Kami Dewan menakrifkan mempersendakan sama maksudnya dengan mempermainkan, maka dipersendakan juga sama dengan dipermainkan. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 11.06.2014 |
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial. | Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan. | Istilah | 01.11.2012 |
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat. | Sdr, Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus. | Istilah | 30.03.2009 |