Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipermudah

Peribahasa

Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat.

Bermaksud :

Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. ikan lais-lais = sebangsa ikan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Tuan, Mohon penjelasan tuan berkenaan dengan kata kerja mana yang betul bagi perkatan ini, dipermudah atau dipermudahkan? Terima kasih, tuanPerkataan yang betul ialah "dipermudah", iaitu kata keterangan pasif yang bermaksud menjadikan sesuatu lebih mudah. Contohnya "Urusan perniagaan semakin "dipermudah" dengan kewujudan sistem komputer." Tatabahasa26.11.2023
Selamat pagi, Tuan/Puan. Saya berharap Tuan/Puan dapat memberitahu saya ayat yang mana betul. Semoga segala urusan anda dipermudah sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Semoga segala urusan anda dipermudahkan sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Semoga dipermudah segala urusan anda sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Terima kasih.
Ayat yang betul ialah "Semoga segala urusan anda dipermudah sebagaimana anda telah mempermudah urusan kami".
Tatabahasa19.09.2022
Salam. Bagi penggunaan apitan diper...kan, yang manakah yang betul. 1. Pecahan itu mestilah boleh dipermudahkan. 2. Pecahan itu mestilah boleh dipermudah. Terima kasih. Aznani

Jawapan yang betul ialah Pecahan itu mestilah boleh dipermudah.

Tatabahasa30.09.2021
Assalamualaikum... Boleh saya tahu, adakah ayat "Semoga dipermudahkan segala urusan" salah? Sebab saya ada tengok tiktok Zack Kirana yang cakap perkataan "dipermudahkan" ni salah dari segi tatabahasa.. Yang betul hanyalah "Semoga dipermudah segala urusan". Satu lagi, adakah "denyut jantung" salah? Adakah denyut hanya digunakan untuk nadi sahaja? Jantung hanya boleh guna "degup" sahaja ke? Bolehkah pihak tuan berikan penjelasan berkaitan isu ini? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Semoga dipermudah segala urusan" kerana kata adjektif "mudah" menerima apitan memper- (aktif) dan diper- (pasif), bukan apitan memper-...kan/diper-...-kan.

2.  Denyut bermaksud gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); dan degup bermaksud bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras. Berdasarkan makud ini frasa denyut jantung dan degup jantung, kedua-duanya betul. 
Lain-lain23.07.2022
1.Semoga Allah permudahkan urusan. 2. Semoga dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki. Adakah tepat pembinaan ayat tersebut?Ayat yang tepat ialah:

1. Semoga Allah mempermudah urusan.
2. Semoga dipermudah urusan dan diluaskan rezeki.
Tatabahasa29.07.2022
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM.

Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah:

 

  1. (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)
  2. /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur. 
  3. (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
  4. (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.

 

Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring.  

Ejaan16.06.2019
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "simplified chinese"? Terima kasih.Untuk makluman tuan, dalam pangkalan data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "simplified Chinese" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan istilah tersebut dalam bahasa Melayu ialah  bahasa Cina Dipermudah.Istilah27.10.2013
Nur Adilla Abd Rahim Assalamualaikum, Saya hendak bertanya. Adakah DBP boleh menguruskan penjualan buku/ ada dana untuk menyokong penjualan buku-buku DBP di luar negara? Ada beberapa universiti yang ingin meletakkan buku bahasa Melayu di librari kampus dan mengharapkan agar DBP dapat memberikan kerjasama. Contohnya, di University of Manchester, di samping komuniti Nusantara yang besar di Manchester itu sendiri, sudah ada kelab rasmi Bahasa Melayu [MALECS] di bawah payung kokurikulum universiti tersebut. MALECS sedang cuba untuk menempatkan buku berbahasa Melayu di kampus. Jika DBP boleh memberikan kerjasama, usaha memartabatkan Bahasa Melayu ini tentu lebih dipermudah. Harap dibalas ya Takkan Bahasa Melayu hilang di dunia! Assalamualaikum.Salam. Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.myLain-lain04.11.2013

Kembali ke atas