Saya agak kurang arif penggunaan 'diperoleh' dengan 'diperolehi'. Adakah penggunaan ayat ini betul : Maklumat tersebut diperoleh daripada akhbar. | Perkataan/ejaan yang betul ialah diperoleh, ayat maklumat tersebut diperoleh daripada akhbar betul. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
Jawapan akan diperoleh/ diperolehi dalam lima minit lagi. Yang mana betu dalam konteks di atas? Diperoleh atau Diperolehi? Terima Kasih. Peter Johnson Durairaj | Ayat yang betul ialah "Jawapan akan diperoleh dalam masa lima minit lagi." Ejaan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper- menjadi diperoleh. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 181. | Tatabahasa | 15.11.2017 |
bolehkah perkataan diperoleh digunakan bersama-sama perkataan oleh? Contoh ayat: Banyak faedah yang diperoleh oleh pelajar sekiranya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Terima kasih. | Penggunaan "diperoleh oleh pelajar" dalam ayat dianggap salah. Ayat yang gramatis ialah "Banyak faedah yang diperoleh sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan." | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Adakah penggunaan 'oleh' dalam ayat berikut diperlukan? Berapakah jumlah tenaga yang diperoleh oleh remaja ini? atau Berapakah jumlah tenaga yang diperoleh remaja ini? | Kata "oleh" boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. Berapakah jumlah tenaga yang diperoleh oleh remaja ini? atau Berapakah jumlah tenaga yang diperoleh remaja ini? Kedua-dua ayat tanya ini betul. | Tatabahasa | 28.08.2015 |
Apakah perbezaan antara diperoleh dengan diperolehi. Bagaimana penggunaannya. | Ejaan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper- menjadi diperoleh. | Ejaan | 07.09.2011 |
Penggunaan perkataan diperoleh atau diperolehi dan ditentusah atau ditentusahkan dalam : Data primer yang diperoleh/diperolehi daripada analisis imej satelit remote sensing ditentusah/ditentusahkan menggunakan kaedah lazim di lapangan. Terima kasih. | Yang betulnya ialah diperoleh. Ditentusahkan dalam ayat tersebut kurang tepat. Cadangan kami ialah disahkan. Dalam ayat tersebut juga, perkataan Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau ejaannya disengetkan. | Tatabahasa | 12.01.2009 |
saya ingin tahu yang mana betul serta fungsinya: i. 'diperoleh' atau 'diperolehi' ii. 'mengandung' atau 'mengandungi' | Kata terbitan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper-... menjadi diperoleh. Mengandung bermakdu membawa sesuatu atau hami. Mengandungi sama dengan mengandungi, iaitu berisi atau memuat seperti Bunga yang mengandung/mengandungi racun.
| Tatabahasa | 15.02.2012 |
diperolehi | diperoleh | Tatabahasa | 25.03.2008 |
Manakah yang betul antara 'diperolehi' atau 'diperoleh'. terrima kasih. | Perkataan yang betul ialah diperoleh. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
Mana satukah yang betul? Memperoleh atau memperolehi? Diperoleh atau diperolehi? | Perkataan yang betul adalah memperoleh dan diperoleh | Ejaan | 03.10.2011 |