Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperolehnya

Peribahasa

Serigala dengan buah anggur.

Bermaksud :

Mencela sesuatu yang tak dapat diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih.1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek  (dengan hasil jualan tersebut) - predikat
2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat
Tatabahasa18.04.2013
1)Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun.(Betulkah perkataan "pengalaman"digunakan dalam ayat ini?)2)Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.3)Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula,baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.(Tolong betuklan ayat (2) dan (3) jika ada salah.Terima kasih.)1. Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun. Penggunaan perkataan pengalaman dalam ayat tersebut betul.
2. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.
3. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat  sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 bermula, baginda bersemayam di atas mahligai.
Tatabahasa11.09.2012
Berapa sangatlah yang diperolehnya pada hari itu. Munsyi, adakah berapa betul digunakan dalam ayat ini? atau beberapa lebih sesuai kerana ayat ini merujuk kepada kata ganti nama tak tentu? TKDalam Kamus Dewan edisi keempat, berapa bermaksud 1. (kata tanya) untuk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dll) 2. sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya)  3. bagaimana, betapa. Dalam ayat yang diberikan, "berapa" dan "beberapa" tidak boleh digunakan. Beberapa bermaksud lebih daripada dua tetapi tidak banyak. Ayat yang diberikan merupakan bahasa percakapan yang tidak rasmi.Tatabahasa11.06.2012
Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun Munsyi, adakah pengalaman sesuai digunakan dalam ayat ini? TKUngkapan yang lazim digunakan ialah jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Perkataan pengalaman tidak sesuai dalam ayat contoh yang diberikan.Tatabahasa05.04.2012
Manakah antara berikut adalah betul? a. Faedah yang diperoleh olehnya. B. Faedah yang diperolehnya.

Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

Tatabahasa21.06.2023
bas Maju Jaya atau Bas Maju Jaya? A1 atau 1A?(untuk peperiksaan SPM) eropah atau Eropah? si Riang atau Si Gusar? abang Ali atau Abang Ali?Yang betul ialah Bas Maju Jaya. A1 atau 1A perlu mengikut konteks sama ada bagi kategori yang ada A1 dan A2 atau bilangan A yang diperolehnya ialah 1A. Kata nama khas seperti Eropah, Abang Ali hendaklah ditulis awalannya dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis si gusar atau si riang.Ejaan06.11.2009
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut:

Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa  Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008.

Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf.

Lain-lain31.07.2010

Kembali ke atas