Salam Khidmat Nasihat DBP, Tepatkah penggunaan kata DIPERSETUJUI dalam ayat di bawah? Ayat Semua syarat penyertaan pertandingan itu telah DIPERSETUJUI sebulat suara oleh para peserta. Terima kasih | Penggunaan kata dipersetujui dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
Adakah perkataan "dipersetujui" masih digunakan sehingga hari ini. | Menurut data kami, perkataan dipersetujui ialah bentuk pasif mempersetujui. Perkataan tersebut betul dan digunakan dalam ayat pasif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan lihat entri kata setuju. | Lain-lain | 18.08.2016 |
kenapa dipersetujui betul? sedangkan diper..i hanya ada 4 perkataan saja boleh digunakan iaitu ingat,kawan,suami dan isteri? | Dipersetujui ialah bentuk pasif mempersetujui. Perkataan tersebut betul dan digunakan dalam ayat pasif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk KamusĀ Dewan dan lihat entri kata setuju. | Tatabahasa | 20.10.2012 |
Mohon cadangan tatabahasa yang betul : i. dipersetujui ii. diperkenankan iii. diperlekehkan iv. memperkenalkan v. mempersembahkan | Jawapan yang betul berdasarkan cadangan padanan tatabahasa tersebut ialah: i. Dipersetujui ii. Diperkenanakan iii. Diperlekeh iv. Memperkenalkan v. Mempersembahkan | Lain-lain | 22.02.2023 |
Soalan Pertama:yang mana Satu yang betul,Mengenahkan atau Mengetengahkan? Soalan Kedua : Cadangan Pihak Tuan tersebut telahpun dipersetujui oleh Jawatankuasa PIBG Sekolah. Soalannya, adakah dipersetuju atau dipersetujui? | Kata terbitan yang betul ialah Mengetengahkan - dari kata dasar ke tengah. | Tatabahasa | 27.01.2011 |
munsyi, menurut Tatabahasa Dewab edisi ketiga dikatakan dipersetujui dan diperakui tidak digunakan, namun saya medapat cari kedua-dua perkataan ini dalam kamus dewan edisi keempat, saya memang kekeliruan. Harapkan munsyi dapat terangkan .. TQ | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Oleh itu, bentuk yang gramatis ialah diakui atau diperakukan dan disetujui. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara-perkara berikut: 1. Mengikut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) (halaman 217), "dipersetujui" merupakan lewah dan seharusnya "disetujui." Saya perhatikan dalam PRPM (DBP) 'dipersetujui' dan 'setujui' di gunakan sering kali. Yang mana harus dipakai? 2. Bertanggungjawab di ikuti dengan untuk/bagi dan bertanggungjawab terhadap sesuatu. Yang mana betul? 3. Terima kasih di atas bantuan tuan/ terima kasih keana membantu saya. Yang mana betul? 4. Harga terbaru atau terbaharu? 5. Tahun baru atau tahun baharu (seperti jawatan baharu)? terima kasih. Peter Johnson | 1. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 2. Untuk ayat kedua, kedua-duanya boleh digunakan. Sungguhpun demikian, perlu dilihat pada kontek ayat. 3. Terima kasih kerana membantu saya atau Terima kasih atas bantuan tuan. 4. Harga terbaru dan terbaharu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 5. Tahun baru dan tahun baharu juga boleh digunakan kerana membawa maksud serupa. | Tatabahasa | 29.11.2017 |
apakah ayat yang paling sesuai bagi contoh ayat berikut; ayat 1. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru iaitu seperti berikut; ayat 2. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti berikut; iaitu, yang manakah contoh ayat di atas yang sesuai digunakan? mohon cadangan tq | Ayat yang betul ialah "Seterusnya, Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti yang berikut:" | Tatabahasa | 03.04.2015 |
BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini. | Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian). Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan). | Istilah | 15.04.2021 |
Tuan, apabila saya merujuk kpd PRPM, ada dinyatakan penggunaan diperolehi adalah salah. Yg ada diperoleh. Tetapi, bagaimana pula dgn dipersetujui? Apakah sebabnya berbeza? Terima kasih. | Benar kata terbitan memperolehi/diperolehi salah kerana kata dasar oleh apabila menerima awalan memper- menjadi memperoleh dan dalam bentuk pasifnya diperoleh. Manakala kata dasar setujuĀ menerima apitan memper-...-i maka terhasillah kata kerja mempersetujui/dipersetujui. | Tatabahasa | 19.09.2012 |