para pengawas sekolah hendaklah membudayakan amalan menyegerai tugasan yang dipertanggungjawabkan. tuan, buku kata tiada kesalahan dalam ayat ini. bagaimana pula dengan menyegerai? tq | Tidak ada contoh penggunaan kata menyegerai dalam pangkalan data kami. Ayat tersebut boleh digantikan dengan kata menyegerakan menjadi "Para pengawas sekolah hendaklah membudayakan amalan menyegerakan tugasan yang dipertanggungjawabkan". | Tatabahasa | 24.07.2011 |
sebagai badan yang dipertanggungjawabkan dan bahasa melayu selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, dewan bahasa dan pustaka membuat beberapa ketetapan linguistik tentang arah perkembangan bahasa melayu. apakah usaha-usaha dan kegiatan bahasa yang dapat dilakukan oleh dewan bahasa dan pustaka ke arah memantapkan perkembangan bahasa melayu? | Bersama-sama ini dilampirkan bahan rujukan tentang DBP yang dipetik daripada Katalog Awam dalam Talian Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Jikalau sdr ahli Rakan Dewan, sdr boleh meminjam atau membuat penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka | Syed Nasir Ismail | Dewan Masyarakat Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dalam perkembangan Bahasa Melayu di Sabah | Zaini Oje dan Hjh. Asmiah Hj. Ajamain | Dewan Masyarakat Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka: ka-arah mengembangkan bahasa Melayusa-chara lebeh progresif Citra Dewan Bahasa dan Pustaka | Abdul Rahman Yaakub | DBP 2003 | Lain-lain | 24.03.2008 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata imbuhan diper____kan. Apakah situasi yang membolehkan penggunaan kata imbuhan tersebut. Contoh untuk tanggungjawab. adakah betul penggunaan "dipertanggungjawabkan"? terima kasih di atas jawapan. | Terdapat dua pengertian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu: i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu. ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain. Perkataan dipertanggungjawabkan boleh digunakan. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214. | Tatabahasa | 07.06.2016 |
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasih | Dalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal". | Istilah | 08.07.2011 |
Assalamualaikum. Tuan, agensi kami iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dipertanggungjawabkan menyediakan standard (panduan) untuk kursus pengajian yang dikendalikan di IPT. Dalam penulisan standard ini, terdapat perkataan daripada bahasa Inggeris yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan iaitu formal, informal dan nonformal. Bagi tujuan terjemahan kepada bahasa Malaysia, adakah boleh pihak MQA menggunakan terus perkataan tersebut atau perlu juga diterjemahkan dengan sempurna kepada bahasa Malaysia? Pihak kami mohon pandangan pihak DBP dalam perkara ini. Terima kasih. | Saudara Norafizah, Untuk makluman saudara adalah lebih baik perkataan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu memandangkan bahawa perkataan tersebut boleh diterjemahkan dan terdapat padanannya dalam bahasa Melayu, iaitu rasmi, tidak rasmi dan bukan rasmi. | Lain-lain | 11.08.2009 |
salam, adakah istilah "kemuftian" dalam bahsa melayu? | Mufti ialah orang yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa. Manakala perkataan kemuftian tiada dalam rujukan kami. | Istilah | 27.04.2012 |
Apakah perbezaan makna di antara " MISI " dengan " VISI"? | Misi bermaksud tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan, manakala visi bermaksud wawasan. | Tatabahasa | 09.12.2011 |
Saya nak tanya buku teks sejarah kbsm yang disemak semula bila akan terbit? | Untuk makluman, DBP tidak dipertanggungjawabkan untuk menyemak semula buku teks Sejarah KBSM. Mohon tuan berhubung terus dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Buku Teks), Putrajaya. | Lain-lain | 02.04.2012 |
selamat sejahtera tuan.apakah perbezaan antara visi dan misi?? | Visi bermaksud wawasan, manakala misi bermaksud tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan. | Makna | 11.07.2012 |
DI BAHAGIAN MANA YANG TERDAPAT PERINCIAN MENGENAI JAWATAN-JAWATAN YANG ADA KEKOSONGAN | Bahagian Pengurusan Personel merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan dalam urusan perjawatan DBP. Pemakluman untuk mengisi jawatan kosong akan dibuat melalui iklan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga melalui laman web DBP. | Lain-lain | 16.05.2008 |